Waris Samsung Berhutang RM44 Bilion Kepada Kerajaan Korea. Ohh Ini Sebabnya
# Others

Waris Samsung Berhutang RM44 Bilion Kepada Kerajaan Korea. Ohh Ini Sebabnya

post by Zaki

by Zaki

Apr 29, 2021
pada 1:37 AM

Sebut sahaja Samsung, terbayang pelbagai variasi telefon pintar berteknologi tinggi dengan perisian termaju selain pelbagai perkakasan elektronik yang dibangunkan oleh konglomerat dari Korea Selatan itu. Dalam persaingan telefon pintar dunia, Samsung merupakan pesaing terhampir dengan Apple dari Amerika Syarikat.

Samsung merupakan salah satu daripada anak syarikatnya, Samsung Electronics Co. Ltd. ialah salah satu daripada syarikat elektronik terbesar di dunia. Diasaskan di Daegu, Korea Selatan, ia beroperasi di 58 buah negara dan mempunyai lebih daripada 208,000 orang pekerja. Keuntungan pada tahun 2003 ialah lebih kurang US$101.7 billion. Samsung juga dikenali sebagai salah satu daripada 10 jenama terkenal di dunia.

Samsung ialah salah satu organisasi terbesar di Korea Selatan. Ia bermula sebagai sebuah syarikat eksport pada tahun 1938 tetapi lama kelamaan memperkembangkan perniagaannya.

Bagaimana pun, keluarga mendiang Pe­ngerusi Samsung Electro­nics, Lee Kun-hee, berdepan dengan isu cukai harta pusaka apabila perlu melunaskan kepada kerajaan Korea Selatan sebanyak AS$10.8 bilion atau RM44.296 bilion selain mendermakan koleksi seni peribadi mendiang kepada muzium negara.

Kun-hee yang berjaya meng­angkat Samsung sebagai pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar dunia, mening­gal pada 25 Oktober tahun lalu, dilaporkan memiliki kekayaan bernilai RM96.2 bilion. Keluarga mendiang yang menanggung bil cukai harta pusaka, antara terbesar dalam sejarah Korea dan dunia, memantau secara dekat perkara tersebut kerana ia boleh menjejaskan pegangan saham mereka di dalam Samsung.

Bagaimanapun, terdapat ge­saan dalam kalangan masyarakat supaya koleksi se­ni peribadi mendiang antaranya karya Picasso, Monet dan Chagall, dianggarkan bernilai AS$1.76 bilion (RM7.22 bilion) kekal di Korea Selatan. Dilaporkan, keluarga mendiang berhasrat untuk mendermakan sebahagian besar hasil jualan koleksi berkenaan dalam usaha membaiki imej mendiang atas dakwaan mengelak cukai dan pelbagai tuduhan lain, sedekad lalu.

Mereka dilaporkan meran­cang untuk membayar cukai ber­kenaan secara ansuran da­lam tempoh lima hingga enam tahun, bermula bulan ini. Difahamkan, keluarga mendiang sedang berunding untuk menggunakan saham-saham dalam syarikat bersekutu atau mendapatkan pinjaman periba­di bagi membayar cukai berke­naan, berbanding menjual pe­gangan mereka di dalam Samsung.