“Lain Kali Dah Tahu Orang Tua, Tak Payah Bawak Naik Bas!” Pemandu Bas Ekspress Biadap
# Others

“Lain Kali Dah Tahu Orang Tua, Tak Payah Bawak Naik Bas!” Pemandu Bas Ekspress Biadap

post by Haziqah Muhamad

by Haziqah Muhamad

Apr 29, 2021
pada 1:46 PM

Kalini min nak berkongsi cerita mengenai seorang pemandu bas ekpress yang bertindak kurang ajar dengan penumpangnya. Bukan itu sahaja, penumpang tersebut merupakan orang tua dan OKU. “Lain Kali Dah Tahu Orang Tua, Tak Payah Bawak Naik Bas!” Pemandu Bas Ekspress Biadap

Terdahulu, viral kisah mengenai seorang lelaki yang berkongsikan pengalaman beliau dan ibunya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) ketika menaiki bas ekspress dari TBS ke Johor Bahru. Lelaki tersebut dikenali sebagai Mikail telah berkongsi kisah beliau di sebuah group di Facebook. 

Menurut Mikail, semasa beliau berada dalam bas tersebut, dia ada minta izin dari pemandu bas tersebut untuk bawa mak nya ke bilik air. Tujuan utama dia memberitahu kepada pemandu bas tersebut adalah supaya dia dan ibunya tak ditinggalkan oleh pemandu tersebut.

Tambah Mikail lagi, masa dia minta izin nak turun bawak mak dia ke tandas tu, driver tersebut terus sound dengan cara yang kurang ajar dan tak sopan langsung. 

Dan apa yang membuatkan lagi tak bestnya, pemandu bas tersebut siap tengking tu sampai semua penumpang pun dengar dan terkejut dengan respond pemandu tersebut. 

"Kau nak bawak mak kau ke bilik air suka hati kau, lambat aku tinggal! Aku nak cepat!
Lain kali dah tahu orang tua, tak payah bawak naik bas! Menyusahkan orang!" 

Lepas je dari kejadian tu, terus berlaku pertelingkahan mulut antara dia dan pemandu tersebut. Tapi akhirnya Mikail hiraukan je dan terus pergi ke bilik air membawa ibunya yang tua dan uzur tu. 

Namun kejadian itu tidak berakhir di situ sahaja  dimana apabila dia bersama ibunya hendak naik semula ke atas bas selepas pulang dari bilik air, pemandu tersebut terus gerak bas secara mendadak sehingga menyebabkan ibunya itu jatuh tersungkur kat atas lantai bas.

Allahu, pemandu tersebut seperti tiada perasaan langsung! 

Bukan ke budaya orang Melayu dulu kala terkenal dengan budi pekerti sopan dan saling menghormati. Kalau kita tengok cerita lama-lama pun, jika mereka nak memulakan sebuah pergaduhan ke atau "nasihat tajam", mesti mula dengan kata-kata hiasan dulu. Tak pun dengan pantun-pantun sinis. Sepatutnya, makin lama zaman berubah, makin kuatlah nilai budaya itu sendiri. 

Diharapkan kita sama-sama mendapat pengajaran dari kisah yang dikongsi ini. Santuni yang muda, hormati yang tua.