RM21Ribu Ditawarkan Untuk Jadi ‘Cleaner’ Di Sini. Tapi Tak Ramai Yang Sanggup Nak Mohon Sebab
# Others

RM21Ribu Ditawarkan Untuk Jadi ‘Cleaner’ Di Sini. Tapi Tak Ramai Yang Sanggup Nak Mohon Sebab

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 5, 2021
pada 6:05 PM

Sedar tak sedar sudah setahun lebih kita menghadap pandemik virus cor ona ni. Pada Februari 2021 tahun lepas, Dunia dikejutkan dengan penularan wabak novel ini yang bermula dari satu daerah yang dikenali sebagai Wuhan, China, sebelum ia pada awalnya tersebar di 28 buah negara dan kini keseluruh dunia. Dunia juga masih bertukus lumus bagi membanteras penularan wabak ini sehingga pada Februari baru ini, negara kita telah berjaya mendapatkan vaksin. RM21Ribu Ditawarkan Untuk Jadi ‘Cleaner’ Di Sini. Tapi Tak Ramai Yang Sanggup Nak Mohon

Semua orang takut akan penyakit yang tak nampak & tak tahu punca kena-kena dah mati. Apabila membaca berita mengenai perkembangan terbaru korona virus di China, hati MK terus diserang perasaan duka yang teramat.

Apa tidaknya, angka kematian mangsa penyakit yang masih belum ditemui vaksin itu bertambah setiap hari. Jumlah pesakit menunjukkan peningkatan secara mendadak. Ia bukan sahaja menular di bumi China, tetapi telah berjangkit ke seluruh dunia.

Tawarkan gaji yang tinggi!

Selain dalam bidang perniagaan, ada satu bidang kerja yang juga mampu memberikan orang kaya cepat, dengan syarat sanggup berani mati. Gaji yang ditawarkan RMB35,000 (RM21,000) sebulan. Kerjanya sebagai tukang cuci di hospital Wuhan, China!

Gambar tukang cuci di hospital Sungai Buloh

Ini bukan cerita rekaan tetapi inilah iklan jawatan kosong yang disiarkan dalam sebuah portal di China baru-baru ini. Jadi mahu nyawa atau nak duit? Terpulanglah kepada anda mahu menggadai nyawa atau tidak.

Namun apa yang lebih menarik perhatian kita adalah di sebalik musibah itu, ada golongan yang menjadi wira yang tidak didendang. Kita perlu tabik bukan sahaja kepada doktor dan pegawai perubatan yang sentiasa bersiap sedia mengubati ribuan pesakit yang disyaki dijangkiti koronavirus, malah mereka yang bekerja secara taklangsung seperti tukang cuci yang mengambil risiko setiap hari, anggota polis dan penyelamat dan ramai lagi. Perjuangan kita masih belum tamat, pastikan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung wabak ini.

Diolah oleh: Khai HB

NAK DAPATKAN SENARAI KERJA KOSONG DI KAWASAN ANDA DENGAN CEPAT?

Join group Telegram kami. Senarai akan di update setiap hari!