Spesis Ikan ‘Rare’ Dari 2KM Dasar Laut Ditemui Di Pesisir Pantai. Lagi Dalam Dari Tinggi Burj Khalifa!
# Others

Spesis Ikan ‘Rare’ Dari 2KM Dasar Laut Ditemui Di Pesisir Pantai. Lagi Dalam Dari Tinggi Burj Khalifa!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 10, 2021
pada 10:34 PM

Seorang lelaki yang sedang asyik bersiar-siar di tepian pantai secara tidak sengaja menemui bangkai seekor ikan pelik berwarna hitam yang kelihatan luar biasa. Ikan itu dipercayai kebiasaannya hidup di bawah lebih 2,000 meter laut dalam. Spesis Ikan ‘Rare’ Dari 2KM Dasar Laur Ditemui Di Pesisir Pantai. Lagi Dalam Dari Tinggi Burj Khalifa!

Penemuan luar biasa selepas itu dikenal pasti sebagai seekor ikan betina Pacific footballfish yang merupakan dari kumpulan jenis ikan anglerfish. Hal itu disahkan oleh Ben Estes di Taman Crystal Cove dekat Pantai Newport.

Imej ikan yang bersaiz 18 inci itu ditangkap oleh Ben Estes dan pekerja dari Crystal Cove sebelum ianya di siarkan di Facebook pada Sabtu baru ini.

Hidup lebih 3,000 kaki dari permukaan laut, dan hanya ada 300 ekor sahaja...
‘Ikan Pacific footballfish itu dikenal pasti dari spesis kumpulan jenis ikan anglerfish yang hidup di kedalaman sekitar 3,000 kaki dari permukaan laut.” “Hanya 300 ekor jenis ikan anglerfish yang tinggal hidup di seluruh dunia”
Tambah beliau lagi, meskipun jenis ikan ini tidaklah luar biasa, namun ianya menjadi satu luar kebiasaan kerana ditemui bangkainya masih elok dan sempurna di persisiran pantai California.

Kalau kita ingat semula, ikan ini juga amat popular dalam scene filem animasi ‘Finding Nemo’ dimana ketika watak ikan Marlin dan Dory sedang mencari jalan untuk pulang, mereka telah tersesat jauh ke laut dalam dan bertemu dengan ikan yang tampak garang ini.

Ikan Pacific footballfish yang ditemui Jumaat lalu dibawa balik oleh Jabatan Ikan dan Hidupan Laut California. 

Ramai mempercayai, ikan itu tersesat di permukaan laut akibat suhu dalam laut dan tekanan yang semakin meningkat akibat dari pengeluaran gas berlebihan dari rumah hijau daripada pembakaran fossil fuels yang menyebabkan bumi semakin panas. 

Laut yang menyerap gas rumah hijau tadi (CO2) secara diffusion daripada atmosphere dan photosynthesis daripada algae dan plankton yang secara tidak langsung menyebabkan laut berasid.

Sumber: For The Win

Diolah oleh: Khai HB


NAK DAPATKAN JAWATAN KOSONG TERKINI DI LOKASI KORANG?
JOIN JE GROUP TELEGRAM KAMI. TIAP HARI UPDATE!
KLIK SINI UNTUK JOIN