Bila Berus Mesti Berdarah? Jangan Risau Korang Follow Je 8 Steps 'Expert' Bantu Gusi Jadi Lebih Sihat!
# Gaya Hidup

Bila Berus Mesti Berdarah? Jangan Risau Korang Follow Je 8 Steps 'Expert' Bantu Gusi Jadi Lebih Sihat!

post by Budak Bijok

by Budak Bijok

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Gusi berdarah adalah salah satu daripada tanda penyakit gusi. Gusi terbuat daripada jaringan yang halus, memberus gigi terlalu kuat dan dengan cara yang salah boleh menyebabkan gusi merah dan berdarah.



Keadaan pendarahan gusi adalah tidak sihat, oleh itu ia tidak sepatutnya diabaikan oleh semua. Pendarahan gusi boleh disebabkan oleh faktor yang pelbagai (multifaktorial). Ianya boleh berlaku pada peringkat permulaan jangkitan gusi seperti gingivitis, atau sebagai tanda kepada masalah-masalah kesihatan yang lebih serius.

Walaupun masalah gusi berdarah sering dialami oleh hampir semua orang tetapi masalah ini tidak boleh dipandang remeh. Jika terus dibiarkan berkemungkinan untuk mendapat penyakit lebih serius. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda meneruskan rutin yang baik di rumah bagi penjagaan gigi dan gusi yang sihat. Untuk itu, lakukan 8 tips mudah ini: 

1. Memberus gigi secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari, untuk menanggalkan sisa makanan dan plak antara gigi. Ini akan membantu mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Penggunaan bulu berus yang lembut dengan teknik pemberusan yang betul boleh mengelakkan kecederaan kepada gusi anda.

2. Pembersihan celah-celah gigi menggunakan flos dengan teknik yang betul diperlukan terutamanya di kawasan celahan gigi yang rapat sekurang-kurangnya sekali sehari. 

3. Penggunaan ubat kumur antiseptik sebagai tambahan kepada pembersihan gigi secara mekanikal (menggunakan berus gigi, flos dan berus interdental), dapat membantu untuk menyingkirkan kuman-kuman di kawasan yang tidak dapat dibersihkan dengan alatan tersebut.

4. Makan makanan yang seimbang dan menghadkan pengambilan makanan di antara waktu makan utama untuk memastikan gusi dan gigi yang sihat.

5. Berhenti merokok dapat meningkatkan sistem pertahanan badan anda dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit berkaitan merokok termasuklah penyakit gusi.

6. Sentiasa berjumpa doktor gigi anda (sekurang-kurangnya dua kali setahun) bagi perundingan mengenai keadaan kesihatan mulut, menjalankan pemeriksaan rutin serta mendapatkan rawatan lanjut bagi masalah gigi dan gusi anda. 

7. Rendam uncang teh dalam air mendidih. Selepas 2 minit, keluarkan dan biarkan sejuk. Letak pada gusi yang dijangkiti. Biarkan selama 5 minit. Teh mengandungi asid tannic yang boleh membantu melegakan jangkitan gusi.

8. Bilas mulut anda dengan air suam dan gunakan madu untuk mengurut gusi selama 10 minit setiap pagi. Madu mempunyai sifat antibakteria dan antiseptik semulajadi kerana bahan yang dipanggil propolis. Tetapi ingat untuk menerapkan madu hanya kepada gusi dan bukan gigi.