Tak Sangka? Gadis Ini Rakyat Malaysia Pertama Terima Biasiswa Dari Google !
# Trending Semasa # Others

Tak Sangka? Gadis Ini Rakyat Malaysia Pertama Terima Biasiswa Dari Google !

post by MJ

by MJ

Aug 4, 2021
pada 12:16 PM

Sepertima mana kita tahu google merupakan satu nama besar pada era yang boleh dikatakan serba serbi teknologi kini kan. Tidak sangkal lagi 80% daripada rakyat malaysia pasti menggunakan bantuan google di dalam kehidupan harian mereka. 



Biasiswa "Generation Google" ?

Bagi yang tidak tahu, ye google ada menyedia biasiswa untuk membantu pelajar pelajar bukan hanya di Malaysia tau, malah di seluruh negara lain juga. 

Biasiswa "Generation Google" ditubuhkan oleh Google untuk "membantu calon pelajar yang menuntut ijazah sains komputer yang cemerlang dalam teknologi dan menjadi pemimpin di dalam industri".  Biasiswa ini hanya diberikan kepada calon yang layak dan menepati ciri ciri yang disediakan oleh google dan bukan hanya daripada prestasi akademi mereka sahaja. 

Permohonan biasiswa ini dibuka dari 1 Mac hingga 29 Mac tahun ini, untuk pelajar yang memenuhi kelayakan minimum. Program biasiswa ini dibuka kepada seluruh calon di dunia, iaitu Eropah, Timur Tengah, Afrika, A.S, Kanada, Ireland, dan juga negara asia. 

Berbeza dengan biasiswa yang lain, pemohon harus menghantar jawapan kepada dua soalan iaitu esei pendek dan juga penyelesaian masalah di dalam  "Google Online Challenge". Penerima biasiswa akan menerima USD 1,000 atau RM4,228 untuk tahun pengajian 2021-2022 mereka.













“Tahniah Evelyn Chen Siaw Yin kerana menjadi satu satunya penerima Biasiswa The Generatio Google: Untuk wanita dalam bidang sains komputer (Asia Pasifik)”

Ucapan tahniah kepada Evelyn tersebut adalah daripada Marc Woo yang juga Pengarah Urusan Google Malaysia & Frontier Markets, yang menyampaikan ucapan itu didalam posting-nya melalui sosial media LinkedIn. 

Evelyn, yang merupakan pelajar di Universiti Taylors yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di dalam bidang Sains Komputer, menyatakan bahawa dia pernah mengalami kata kata negatif dilontarkan kepada nya masa lalu dan kini beliau ingin membuktikan bahawa andaian tersebut tidak berlaku. 

Selain itu, beliau juga percaya bahawa pemikiran stereotaip sangat meluas terhadap wanita yang berada di dalam bidang teknologi.  Beliau ingin membuktikan bahawa tidak harus berlaku dan seseorang harus menilai orang lain secara adil diatas watak dan sumbangan mereka.


Walau apa apa pun, saya ucapakan tahniah kepada Evelyn Chen Siaw Yin kerana menjadi satu satu rakyat malaysia yang mendapat biasiswa daripda Google ini. Mungkin ini boleh boleh dijadikan inspirasi kepada rakyat malaysia yang lain.


Tulisan : @liaaaa