#KitaJagaKita: 5 Organisasi Yang Menghulurkan Bantuan Makanan dan Barang Keperluan


by Maukerja Team
#KitaJagaKita: 5 Organisasi Yang Menghulurkan Bantuan Makanan dan Barang Keperluan
Saban hari kita dikejutkan dengan angka kes Covid-19 yang kian meningkat, tambah pula dengan varian Lambda yang baru. Di saat kita masih lagi mempunyai kesenangan, ada di antara kita yang terkesan dengan “lockdown” dan hilang sumber pendapatan.
Sekiranya anda mempunyai kemampuan, hulurkan bantuan melalui organisasi-organisasi berikut yang memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan!
Program “One Meal” yang disediakan oleh Hunger Hurts MY. Dengan program “One Meal” ni korang bukan setakat tolong peniaga kecil tapi korang bantu golongan yang memerlukan untuk dapat bantuan makanan!
Organisasi Gotta Give Back memberi fokus kepada rumah-rumah kebajikan dan anak yatim. Mereka memerlukan sumbangan seperti barangan dapur & bayaran bil utiliti. Jom sama-sama ringankan beban!
BNI Spektra memberi bantuan keperluan asas yang dipecahkan kepada dua “care pack” yang bernilai RM50 dan RM80. Bantuan keperluan asas RM50 adalah bersesuaian bagi keluarga yang tidak mempunyai anak manakala bantuan keperluan asas yang bernilai RM80 adalah untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.
MY MAHU menghulurkan bantuan dengan tajaan sebanyak RM50 berupa bantuan keperluan asas bagi sebuah keluarga di negeri Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur & Sabah.
Pihak We Listen MY memberi bantuan pek barangan dapur yang bernilai dari RM50 hingga RM100 mengikut jumlah isi rumah. Tak lupa juga, mereka turut memberi bantuan bagi lampin pakai buang bayi (pampers) dan susu formula.
Hari ini kita tolong orang, esok orang tolong kita! #KitaJagaKita