RM 12 Sejam! Jana Pendapatan Lebih Di Musim Perayaan Ini Dengan McDonalds!
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja

RM 12 Sejam! Jana Pendapatan Lebih Di Musim Perayaan Ini Dengan McDonalds!

post by Izuan

by Izuan

Jun 8, 2016
pada 4:32 AM

Musim raya ini apa kata kita tambah pendapatan ekstra dengan menyertai pasukan Mc Donalds. Mereka menawarkan kerja kosong untuk hari raya ini dengan tawaran bayaran RM 6 hingga ke RM 12 sejam mengikut kawasan!

Bestnya! Daripada tak buat apa - apa masa cuti raya nanti, apa kata isi masa dengan tambah income ekstra. Duit makan pun jimat sebab makanan ada sediakan, makan burger McD lagi. Kerja kosong yang ditawarkan untuk hari raya nanti ialah:

Kru Kasual 

Tanggungjawab:

  • Mempelajari kemahiran dan pengalaman baru dalam memberikan perkhidmatan
  • Menghasilkan produk berkualiti dan layanan yang pantas dan mesra
  • Memastikan keadaan restoran bersih dan kemas
  • Berpesonaliti menarik, bertenaga dan berkelakuan positif

Syarat-syarat kelayakkan:

  • Mempunyai personaliti menarik dan boleh berkomunikasi dengan baik
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemohon haruslah warganegara Malaysia atau berstatus Permastautin Tetap

Gaji : RM 6 - RM 12 Sejam!

Apa tunggu lagi, MOHON SEKARANG! sementara jawatan kosong masih ada!