RM5,000 sebulan kerja di Korea, 5 info wajib tahu


by Maukerja Team
RM5,000 sebulan kerja di Korea, 5 info wajib tahu
Ditulis Oleh - Azza Rai
Korang peminat K-pop atau K-Drama?
Pernah berangan-angan nak bekerja di sana?
Mana lah tahu, boleh bertembung dengan ahli BTS atau aktor Lee Min Ho masa tengah shopping ke?
Atau nak timba pengalaman sambil simpan duit?
1- Ini yang korang wajib tau jika nak bekerja di sana
- Purata gaji sebulan -
- Gaji minima di Korea Selatan, RM 34/jam sehari -
- 7 jam = RM 238 sehari -
- Sebulan 20 hari kerja RM4760 -
2 - Kemudahan pengangkutan di sana memang tip top
Keretapi laju dan lrt memang ada setiap masa. Jika tertinggal sekalipun, setiap 10minit akan ada train seterusnya. Selain itu, ada juga kemudahan bas, feri dan teksi tapi di kebanyakkan masa lrt dah sampai di serata ceruk.
3 - Gaji tinggi, kos sara hidup pun tinggi juga, tapi boleh saving kalau berjimat
Korang yang muda-muda ni boleh timba pengalaman dengan bermacam kerja di sana. Gaji kerja kilang antara 2 hingga 2.5juta won (RM7,000-RM9,000) sebulan. Kos sara hidup pula 1.2 juta won (RM4,300) sebulan.
4 - Kerja agak stressfull, long hours work
Budaya kerja orang Korea hampir sama dengan Jepun, jangan mimpi balik tepat jam 5-6 petang, biasanya akan OT sampai 12 jam sehari.
5 - Shopping baju murah
Perasan tak banyak baju bundle datangnya dari Korea dan Jepun? Ya, baju jenama H&M dianggap biasa di sana, kain cotton dan lain-lain pun murah. Siap ada yang jadi Personal Shopper untuk kawan di Malaysia.
Ramai yang sudah menimba pengalaman di sana dan memberikan bermacam-macam respon. Jadi, tepuk dada tanya selera. Pengalaman tidak boleh dijual beli kan?