Bengang parcel koyak, barang hilang? Tuntut ganti rugi dan penjarakan pesalah
# Trending Semasa

Bengang parcel koyak, barang hilang? Tuntut ganti rugi dan penjarakan pesalah

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Sep 5, 2021
pada 12:53 PM

Bengang parcel koyak, barang hilang? Tuntut ganti rugi dan penjarakan pesalah

Penulis : Azza Rai

 

Pernah ke korang alami masalah kurier sampai tapi keadaanya tak sempurna? Maksudnya ada kesan koyakan tapi parcel seperti ditampal semula. Lebih teruk, ada barang yang tak cukup!

Hal ini lah yang terpaksa dihadapi oleh pengguna perkhidmatan kurier setiap hari. Tidak kira lah ianya barangan bernilai ratusan ringgit atau pun RM10 sekalipun, ianya tetap hak pengguna! Tidak menunding jari ke mana-mana pihak, tetapi pengguna perlu bersatu mendapatkan hak mereka.

 

Jom kita lihat hak pengguna yang dilindungi di bawah Akta Perkhidmatan Pos 2012 (APP  2012) Bahagian 10 - Perlindungan Pengguna, Seksyen 49 - 56.

 

 

Di bawah Seksyen 53. Hal Keadaan Apabila Barang Pos Boleh Dibuka, memang pihak kurier boleh membuka jika ianya berkeadaan mencurigakan. 

 

Namun, tenang dulu, sebab jika korang tidak membuat kesalahan seperti mengepos haiwan, dadah dan barangan terlarang lain, ketahui hak korang iaitu jika pihak kurier berniat jahat dengan kesalahan seperti di bawah, mereka akan dikenakan hukuman.

Sepertimana kisah yang viral di social media, seorang posmen yang merosakkan 310 pucuk surat, telah didenda sebanyak RM1,000 dan Perintah Kehadiran Wajib yang memerlukan pesalah menjalani kerja buruh dan mana-mana yang diperintah mahkamah.

Memang lah marah dan bengang apabila barangan kita dirosakkan atau hilang, tapi dengan Akta seperti ini mereka boleh dikenakan tindakan.

Korang juga boleh membuat tuntutan ganti rugi bagi barangan yang rosak atau hilang dengan patuhi syarat di bawah :

Pastikan semak di ‘Track and Trace’ jika lebih 4 hari dan barang tidak sampai.

  • Hubungi Customer Careline untuk semak lebih lanjut.

  • Pergi ke pusat kurier tersebut untuk buat laporan.

  • Kepilkan dokumen diminta seperti nota consigment, bukti pembelian dan lain-lain.

  • Isikan butiran kes, barang dan anggaran kerugian.

  • Serahkan semua kepada pihak kurier.

  • Untuk semak status tuntutan, hubungi Unit Pampasan.

  • Bayaran pampasan maksima mengikut berat akan dimasukkan terus ke akaun anda.

    Tetapi harus diingat, ianya perlu dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengeposan.

    Jadi, bertindak bijak ya.