Jangan Guna Selain Dari 3 Jenis Font Ini Kalau Nak Cepat Dapat Kerja


by Maukerja Team
Jangan Guna Selain Dari 3 Jenis Font Ini Kalau Nak Cepat Dapat Kerja
Ditulis Oleh: Naquidin
Tak dinafikan, pandangan setiap orang terhadap font penulisan adalah berbeza-beza. Mungkin, korang rasa font yang korang gunakan itu dah cukup menarik tapi sebaliknya bagi orang lain.
Disebabkan itu, penting untuk korang tahu 3 jenis font yang hanya sesuai digunakan untuk penulisan di dalam resume atau CV!
Jom ikuti perkongsian daripada saudara @faridaffy di laman Twitter miliknya. Farid berkongsi ilmu yang cukup bermanfaat terutama buat jobseekers di luar sana. Ini merupakan 3 jenis font yang korang boleh pilih untuk penulisan resume/cv: Cambria, Calibri atau Helvetica
Kenapa kena pakai font yang di senaraikan ni je? Alasanya mudah sahaja, font ini adalah lebih mudah untuk di baca oleh HR. Korang bayangkan lah, kalau satu hari tu HR dapat lebih 100 resume, dan ada bermacam-macam jenis font, mesti HR akan tapis calon yang guna 3 jenis font yang di atas ni dulu.
Oh! Bukan itu je, perkongsian Farid di laman Twitter juga adalah mengenai resume gempak yang boleh korang hasilkan. Tak susah pun sebenarnya nak hasilkan resume yang bagus ni. Korang cuma perlu tau formula yang betul je.
Tapi, walauapapun pastikan resume yang korang hasilkan tu cukup untuk sedap mata memandang. Haa, mesti HR akan terpikat punya.
Jangan lupa untuk cuba tips yang ada ni tau. Selamat mencuba.