Dari gaji RM5000 kini RM1500, “Rasa nak bunuh diri tu ada setiap hari”


by Maukerja Team
Dari gaji RM5000 kini RM1500, “Rasa nak bunuh diri tu ada setiap hari”
Penulis - Luq's
Kami menerima berpuluh luahan setiap hari dari pekerja yang ada di Malaysia. Macam cerita abang ni, di buang kerja di musim pandemik. Dari kerja elok elok dekat office, kini terpaksa bekerja sebagai apa apa sahaja.
Pelbagai dugaan perlu dihadapi seperti gaji sebelum ini sebanyak RM5000 kini hanya RM1500 tanpa sebarang elaun. Bukan itu sahaja, perasaan sedih, depression turut dirasai apabila terjadi seperti ini.
Ikuti kisah beliau dibawah.
Before this saya dlm bidang professional. Gaji agak sedap and tak sangka pandemik kalini kena buang kerja mcmtu je. 6 bulan menganggur, masuk kerja biasa. Kerja pertama basic 1200 dkt Bangsar. Hari-hari kena maki hamun sebab tak cekap, kita biasa di office tiba-tiba masuk kerja biasa. Dan tak tahan cara bergurau kasar. Saya diusik dengan dikurung di dalam bilik sejuk beku selama 30 minit. Menjerit tolong tapi cuma dengar suara gelak tawa.
Tahan 6 bulan, masuk fnb, kena buli, pijak, sampai menangis tepi tangga hari-hari sebab tak tahan. Tp jadi kesayangan manager sebab saya fasih berbahasa inggeris dan mandarin, jadi ramai cust suka. Sales kedai meningkat, namun akhirnya dibuang kerja sebab manager pindah outlet lain, ketua pembuli naik pangkat, manager inginkan saya sebab kelayakan, tapi pembuli lebih layak sebab kerja lama. Pembuli cari setiap point kesalahan saya, isukan pada office, ajarkan saya sop yang salah.
Kini saya bekerja di tempat lain setelah 2 bulan menganggur. Bekerja dengan warga asing. Supervisor orang Indonesia, kerja dengan Bangla. Warganegara ada tapi semua tempat jauh2 itupun beberapa je. Boleh kata satu group ada 10, saya je Melayu. Selebihnya Indon, Bangla, Pakistan. Kadang-kadang rasa down kenapa saya sampai ke tahap ini.
Rasa nak bunuh diri tu ada setiap hari, tertanya kenapa saya boleh sampai ke tahap ni. Hari-hari mohon kerja baru, namun hanya lepas di interview je.
Perasaan rindu nak masuk office tu membuak-buak. Terlalu rindu, dah dua tahun tak kerja office, just berharap saya dpt semula ke kerja asal saya. Dapat gaji half pun tak apa lah sebab saya terlalu sayang kerja lama saya yang 2 tahun lepas.
btw gaji saya dulu 5k tak masuk benefit and allowances. Kalini basic 1500 and xde allowances.
#MauLuah: Kami mendorong untuk anda share story dgn kami.
Kalau korang ada cerita nak luah dengan min, boleh terus kongsikan di forum MauLuah di sini >> https://bit.ly/ForumMauLuah