4 Sebab kenapa Menyewa Rumah Adalah Bagus
# Gaya Hidup # Trending Semasa

4 Sebab kenapa Menyewa Rumah Adalah Bagus

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Feb 8, 2022
at 7:59 AM

4 Sebab kenapa Menyewa Rumah Adalah Bagus

Penulis - Luq's
 

Macam biasa, bila berhijrah ke sesuatu tempat sebab nak dekat dengan tempat kerja, kita mesti lah kena pindah kan? 

Tapi masalahnya mulut mulut makcik bawang ni suka kata, beli rumah sekarang. Nanti makin lama makin murah. Itu jelah yang diajaja semua orang bahawa rumah akan datang akan mahal. Padahal kita tak tahu pun akan datang rumah murah ke mahal. Mana tahu bila rumah makin mahal lepastu tak terjual, terpaksa murah kan… Haaa kan dah murah tu. gitu la. Kita pun tak tahu apa jadi akan datang. 

So takyah la sok sek sok sek kata beli rumah untuk asset. Apa guna asset kalau 35 tahun kena menanggung hutang keliling pinggang. Hidup penuh bebanan. Betul tak? Lebih baik menyewa rumah biasa biasa je asal hidup selesa. Bak kata orang biar rumah kecik tapi apa kita teringin kita mampu. Bila teringin nak itu ini sentiasa ada duit, kalau komitmen tinggi nak beli apa apa pun berkira. Apa makna hidup kalau asyik nak kira duit je bila berbelanja. Sama konsep pergi melancong, tapi makan mee segera sebab nak save. AMENDE?  

 

So apa kelebihan bila sekadar menyewa rumah?

Bila meninggal anak anak tak payah nak berebut harta.

Takde lah bila meninggal nanti jadi harta rebutan anak anak. Macam kita tengok kat drama tu, time hidup ye baik je semua. Bila mati nanti semua dok bergaduh nak itu ini. Ish ish!

 

Tak payah la bayar cukai tahunan

Yang kedua, tak payah la nak bayar cukai tahunan. Jimat duit boleh buat makan lobster masak cheese!

 

Kebebasan nak pindah mana mana

Ni paling logik. Adakah kita rasa kita akan kerja dekat satu tempat tu selama 30 tahun? Baru kerja 2 tahun dah meroyan nak cari kerja lain….

 

Takde hutang, lek je hidup bebas hutang

Last sekali ofcourse takde hutang la. Hidup takde hutang. Tenang je nak meninggalkan dunia nanti tau..