Ramai antara kita sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bertemu keluarga tercinta untuk mengubat rindu ini. Jadi mulai hari ini ramailah yang akan menuju ke kampung halaman masing-masing pada hujung minggu.


by Maukerja Team
Ramai antara kita sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bertemu keluarga tercinta untuk mengubat rindu ini. Jadi mulai hari ini ramailah yang akan menuju ke kampung halaman masing-masing pada hujung minggu.
Bukan itu sahaja ada dikalangan anda yang masih lagi bekerja dari rumah walaupun tempoh PKP sudah ditamatkan. Bertuahnya anda kerana inilah masanya di mana anda boleh menggunakannya sebaik mungkin untuk bekerja di mana-mana sahaja tanpa perlu menggunakan cuti tahunan.
Namun apa yang perlu diingatkan, anda pergi bercuti ke pulang ke kampung halaman, kerja jangan sesekali dilupakan kerana itulah tanggungjawab atau amanah yang perlu dibuat.
Jadi inilah beberapa tips untuk anda yang bekerja di kampung halaman masing-masing:
1. Jangan lupa rancang masa anda
Jangan terlalu happy dekat kampung sampai lupa waktu kerja, sibuk berjalan dengan borak, boleh anda nak macam tu, tetapi rancang waktu kerja sehingga siap semua, lepastu nak pergi lepak rumah sebelah ke, boleh sangat.
2. Tujuan
Dah berada di kampung tu, nak rasa kerja tenang, pilihlah tempat yang selesa dengan kelengkapan baik. Nak buat kerja menghadap sawah pun boleh asalkan lokasi menarik, selesa, dan kerja confirm siaplah.
3. Peralatan
Jika anda memang niat nak kerja dari kampung masing-masing jangan pulak tidak membawa laptop, dokumen penting dan segala alat kerja, paling penting signal wifi tu. Jangan bagi alasan kampung saya tiada internet pulak, anda yang pilih WFH dari kampung kan!
4. Berteman
Elak rasa bosan semasa kerja, ajaklah mak teman atau ayah sambil menikmati kopi atau masakan kampung sambil melayan kerja, confirm kerja perfect.
5. Berdisiplin
Tidak kira di mana anda bekerja, atau apa juga tugasnya, disiplin dan sikap profesional harus tersemat di hati. Selesaikan tugasan yang diarahkan dan buat sehabis baik dalam melaksanakannya. Apabila semua kerja sudah selesai, tak salah menikmati percutian anda.
So, esok korang balik kampung mana tu? Berhati-hati semasa memandu, jika mengantuk tidur dulu jangan teruskan perjalanan.
Ditulis oleh: Nur Syamila Binti Kamarul Arefin