Boss Whatsapp lepas waktu bekerja. Balas ke takkkkk?
# Pengetahuan Pekerja

Boss Whatsapp lepas waktu bekerja. Balas ke takkkkk?

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Oct 27, 2021
pada 8:48 AM

Kadang kadang lepas kerja ni kita suka la melepak dengan kawan kawan kan. Tapi musim cvid ni kita duk rumah jela kan layan netflix. Tengah ko sedap sedap layan cerita no name, boss whatsapp bagi kerja. Tak balas dia call pulak. Apa nak buat ni? Kalau angkat takut kene buat kerja. Tak angkat kene marah, confirm!

Min rasaa ramai tersepit benda ni. Yelah zaman sekarang ni kene marah auto rasa nak berhenti ye dak? Jadi apa nak kene buat?

Korang angkat je call tu tapi jangan la marah, atau tengking bos tu...

Korang lek je. Tak semestinya dia call atau ws tu nak bagi kerja. Mana tahu nak belikan satay rono ke? Haaa so angkat je dulu tau. Ni tak. Belum apa apa taknak angkat pastu meroyan kat pesbuk cakap itu ini. So angkat je. Kadang tu kalau setakat dia bertanyakan soalan pasal kerja, korang jawab jelah okay. Dia tanya je, bukan suruh buat kerja...

Tengok penting ke tak? 

Kata lah tadi sebenarnya dia call bukan sebab nak belanja makan, dia memang bagi kerja. Haaa ambek!  Korang santai je okay. Berani kan diri tanya, benda ni urgent tak boss? Kalau tak urgent saya buat esok boleh? Haaa kalau dia kata okay. Settle boleh sambung netflix santai santai. Kalau tak berani, belajar sikit cakap “saya buat dekat office besok bos!“ Benda ni simple je. Engkorang cakap je, “baik boss, esok dekat office saya buat” SELESAI!

Respond dengan se-profesional yang boleh

Tahu nak orang trespect waktu kita bekerja. Tapi adakala tu, kita kena berbudi bahasa. Kita chil chil je jawab elok elok okay! Orang yang bagus bukanlah orang yang bekerja sehingga diluar waktu ejabat, tapi orang yang pandai uruskan masa dengan betul! 


Jom sertai Genting Skyworlds! Lebih 170 jawatan kosong disediakan. 

Pihak genting akan berada di seluruh semenanjung Malaysia untuk mengadakan sesi temuduga terbuka. Jika berminat, klik link dibawah untuk mengetahui Lokasi, Masa, sesi temuduga di negeri anda!