Dah 97 TAHUN RUPANYA ! Korang Mesti Kenal Dengan Minyak ni!


by Maukerja Team
Dah 97 TAHUN RUPANYA ! Korang Mesti Kenal Dengan Minyak ni!
Siapa yang tak kenal dengan minyak yang boleh dikatakan lagenda ini kan. Boleh dikatakan sampai kini minyak afiat masih lagi digunakan di setiap isi rumah di Malaysia. Korang tahu tak sebenarnya minyak afiat ni sudah 97 tahun rupanya. Lagi 3 tahun maka genaplah 100 tahun minyak afiat ni! Hebat kan!
Produk Minyak Afiat telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Panjang Kamarudin pada tahun 1924 yang mana kemudiannya telah diusahakan secara komersial oleh Allahyarham Tuan Haji Khalid bin Uda Ismail. Bermula secara kecil-kecilan beliau telah memperluaskan perniagaannya ke seluruh pelusuk tanahair. Kini pengurusan dan pentadbiran syarikat telah diambil alih oleh dua orang anak lelaki beliau.
Di antara produk-produk Syarikat Minyak Afiat adalah seperti Minyak Afiat, Minyak Hangat Afiat, Set Bersalin Afiat, Air Jamu Bawang Putih dan Jus Halia. Selain itu, syarikat juga ada menghasilkan produk-produk penjagaan diri seperti Gel Mandian, Syampu, Feminine Care, Balm dan Krim Afiat. Sehingga kini Syarikat Minyak Afiat telah memperluaskan pasarannya ke seluruh negara meliputi Hypermarket, farmasi sehinggalah ke pelanggan-pelanggan kecil.
Ditulis oleh : @@liaa