Lepas I-Lestari, I-Sinar, I-Citra, Lepasni ada I-Sayang?
# Trending Semasa

Lepas I-Lestari, I-Sinar, I-Citra, Lepasni ada I-Sayang?

post by MJ

by MJ

Nov 24, 2021
pada 12:05 PM

Lepas I-Lestari, I-Sinar, I-Citra, Lepasni ada I-Sayang?
Penulis - Luq's

Korang tahu tak baru baru ni pihak KWSP ada announce kata nak lancarkan I-Sayang tahun hadapan. Haaa so mana yang dah keluarkan masa I-Lestari, I-Sinar, I-Citra, macam mana? Haha jangan risau. 

Sebenarnya caruman ini adalah caruman sukarela dari sang suami kepada bidadari mereka iaitu isteri sebanyak 2 peratus. Ianya adalah sukarela. So yang ni bukan bawak keluar duit KWSP buat beli barang dah macam haritu. Yelah, dah berapa juta rakyat Malaysia tak sampai 10k pun dalam KWSP kan…

Dikatakan lagi KWSP akan memperkenalkan I-Lindung. Amboi banyak I I I ni. Hehe, I lindung ni pula untuk membeli insuran hayat atau penyakit kritikal melalui platform KWSP. So boleh beli insuran dengan KWSP? Menarik!

Selain daripada itu, disebabkan kekurangan wang simpanan persaraan oleh rakyat Malaysia, pihak KWSP menggalakkan skim caruman sukarela atau lebih caruman dari majikan iaitu lebih dari 11%!

Menarikkan? So lepasni harapnya duit KWSP kita naik semula lah ya lepas dah bawak keluar!