Cara Betul Guna "Email" Mintak Kerja
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Cara Betul Guna "Email" Mintak Kerja

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Kita selalu nampak orang tunjuk KESALAHAN masa minta kerja melalui email kan? 

Meh nak ajar macam mana nak minta kerja melalui email dengan cara yang betul.

 

Guna alamat email profesional. Jangan korang guna kiteretsu999@gmail.com. Selok-eloknya guna nama sendiri - abubinahmad@gmail.com. 

 

Kena ada Subject. Subject ni ibarat tajuk untuk karangan kita la. Ringkas tapi padat. Contohnya: “Permohonan kerja pelatih pengurusan - Abu bin Ahmad” senang bila syarikat nak rujuk semula permohonan kita.


 

Sebagai orang Malaysia yang kaya budi pekerti, sila bagi SALAM sebagai tanda hormat. Rajinkan diri untuk Google nama HR syarikat yang kita nak mohon kerja tu. Itu menampakkan kita buat research dan bersungguh nak kerja dengan syarikat tersebut.

 

Pastikan ada isi dalam emel kita. Tak perlu tulis emel yang panjang pun. Cuma perlu perkenalkan diri kita, apa tujuan email kita. Selebihnya kita buat karangan yang lebih panjang mengenai kebolehan dan pengalaman kita dalam cover letter yang akan dilampirkan dalam email tersebut bersama resume.

 

JANGAN berani-berani hantar email kosong! Kita bukan hantu ya.