Tuan rumah pilih bulu, terima penyewa kerja kerajaan sahaja! Reaksi netizen memang WIN!


by Maukerja Team
Tuan rumah pilih bulu, terima penyewa kerja kerajaan sahaja! Reaksi netizen memang WIN!
Penulis : Nurliyana Binti Norhamizan
Foto : Munirah Mohd Shalleh
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai perbualaan antara tuan rumah dan bakal penyewa yang mencari rumah untuk disewa. Apa yang menjadi isunya ialah tuan rumah tidak menerima permohonan sewaan bakal penyewa disebabkan bakal penyewa bekerja di sektor swasta.
Difahamkan, kedua-dua pasangan yang ingin menyewa ini bekerja sebagai pemandu lori dan agen takaful namun ditolak mentah kerana tidak melepasi syarat yang dikenakan oleh tuan rumah. Bagaimanapun, bakal penyewa tidak melenting dan hanya sedikit kecewa kerana tidak diberi peluang kepada pekerja swasta untuk menyewa.
Pelbagai respons yang diterima dan kebanyakannya menyebelahi bakal penyewa. Antara komen yang diterima menyatakan gaji pemandu lori lebih tinggi jika dibandingkan dengan pekerja di sektor awam.
Sementara itu, ada juga netizen yang menyebelahi tuan rumah yang mengambil keputusan sedemikian. Bagi pendapat mereka pula, tuan rumah mempunyai hak kepada siapa yang disewakan.
Tapi, komen yang dikeluarkan oleh Munirah Mohd Salleh yang menularkan gambar perbualan ini paling WIN dan sentap.
Zaman sekarang, masih ramai lagi yang mengagung-agungkan pekerja yang bekerja dengan kerajaan sejak dari zaman orang tua kita dahulu sehingga lah sekarang.
Jadi, kesimpulannya, apa pengajaran yang kita dapat pelajari daripada isu ini? Adakah pekerja swasta tidak layak menyewa atau adakah tuan rumah berhak menentukan bakal penyewa yang akan menyewa di rumahnya? Bagi pendapat anda pula bagaimana? Jom kongsi!