Ini Akibatnya Jika Anda Redah Air Ketika Banjir
# Trending Semasa

Ini Akibatnya Jika Anda Redah Air Ketika Banjir

post by MJ

by MJ

Dec 19, 2021
pada 11:35 AM

Banjir bukan lah perkara yang baru buat negara kita ini. Boleh dikatakan setiap tahun ketika musim tengkujuh pasti ada negeri yang terkesan akibat bencana banjir ini. Namun pada tahun ini, lembah klang dikejutkan dengan bencana ini. 

Seperti yang telah dikongsikan oleh @Twt_Cyberjaya di laman sosial twitter. Kita jangan memandang rendah akan kuasa air ketika banjir. Apabila kita melalui kawasan yang air yang tampak tinggi, jangan sesekali lalu kawasan tersebut kerana kita tidak tahu kedalaman air tersebut. 

Antara contoh situasi yang boleh terjadi boleh dilihat seperti video dibawah ini. Klik di gambar melihat video.

 

 

Antara komen netizen mengenai situasi jika anda cuba untuk meredah banjir



 

 

Jika anda ingin juga untuk meredah banjir, sila pastikan paras air tidak melepasi air intake kenderaan anda dan gunakan gear rendah. Namun kita jangan sesekali mengambil risiko untuk meredah banjir oleh sebab faktor ia boleh merisiko diri anda dan juga kenderaan anda. Antara kerosakan yang kerap berlaku jika kenderaan anda dimasuki air adalah

  • Litar pintas akibat sistem elektronik dimasuki air
  • Komponen utama seperti enjin dan sistem gear mungkin telah rosak disebabkan banjir
  • Minyak enjin dan minyak gear anda telah mungkin bercampur dengan air

 

 

oleh : @@li@