Kalau banjir, kereta rosak. Boleh claim insuran ke?
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kalau banjir, kereta rosak. Boleh claim insuran ke?

post by MJ

by MJ

Dec 19, 2021
pada 12:04 PM

Kalau banjir, kereta rosak. Boleh claim insuran ke?

Disebabkan beberapa harini, Malaysia diegrmparkan dengan banjir sana sini. Tempat yang tak pernah banjir pun boleh banjir. Boleh kata teruk lah kan? So dengan pelbagai ragam, ada yang 3 hari di atas bumbung tak dapat diselamatkan, ada yang terperangkap didalam kereta. Ada yang hilang lemas. Pelbagai cerita di social media dua tiga hari ni. 

Tapi harini min nak sembang satu benda pasal kereta kalau rosak kene bencana alam macam banjir. Boleh claim insuran ke?Mengikut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ada tiga jenis insurans kenderaan yang biasa ditawarkan, iaitu: 

Perlindungan pihak ketiga

  • Perlindungan pihak ketiga bagi kebakaran dan kecurian

  • Perlindungan komprehensif

    Selain tu, korang juga boleh dapatkan perlindungan tambahan, seperti dalam jadual di bawah yang diterjemahkan daripada PIAM:

    Seperti yang korang lihat daripada jadual di atas, insurans hanya akan cover kereta korang bila banjir jika mencarum Perlindungan Komprehensif berserta perlindungan tambahan untuk bencana alam semula jadi. Pakej ni mungkin berlainan mengikut syarikat insurans yang terdapat di malaysia. 

    Perlindungan Komprehensif adalah yang paling mahal berbanding jenis yang lain, dan selepas tu anda perlu top-up lebih untuk perlindungan tambahan ini. Tapi kalau korang jenis sayang kereta dan tinggal kat area yang mudah banjir macam hulu langat tu. Bolehlah ambil insurans ni kalau berkemampuan.

    So korang dah boleh ambil insurans tambahan banjir ya!