Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Bersihkan Rumah Lepas Banjir
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Bersihkan Rumah Lepas Banjir

post by MJ

by MJ

Dec 22, 2021
pada 9:41 AM

Lelaki Ini Kongsi 7 Tips Bersihkan Rumah Lepas Banjir

Ditulis oleh: Nur Syamila Binti Kamarul Arefin

Ramai antara kita terkesan dek kerana banjir yang melanda di seluruh Malaysia. Semoga yang terkesan kekal tabah dan bersabar dengan bencana alam yang berlaku ini. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seorang pengguna di Twitter berkongsikan barangan yang diperlukan untuk tujuan pemersihan semula selepas bencana banjir berlaku.

Perkongsian ini dilakukan kerana beliau mempunyai pengalaman menghadapi peristiwa banjir sebelum-sebelum ini kerana menetap di Pantai Timur.

Ini adalah 7 barangan yang memudahkan urusan anda untuk melakukan pembersihan rumah selepas banjir.

1. Water Jet

Water jet dikatakan alat yang paling penting dan paling berguna untuk bersihkan rumah selepas banjir. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga semasa bersihkan lumpur yang melekat di perabot mahupun di lantai dan dinding rumah. 

 

2. Penyodok Air

Penyodok air ni penting untuk memudahkan kita tarik air semasa proses pembersihan berlaku. So, tidak payah lah kita tunggu lama-lama sampai air kering. Untuk pembelian boleh klik sini.

 

3. Sarung Tangan

Ini sangat penting. Kalau kita pakai sarung tangan, kita dapat elakkan daripada tangan melecet dan juga jangkitan kuman akibat terlalu lama terdedah dengan air banjir yang kotor.

 

4. Kasut boot

Pemakaian kasut boot juga sama pentingnya dengan sarung tangan kerana kita tak tahu apa yang ada di dalam air banjir. Mungkin ada binatang berbisa ataupun benda tajam.

 

5. Beg Plastik (heavy duty)

Ini satu lagi benda penting yang perlu ada. Pastikan beg plastik yang anda guna itu heavy duty barulah tidak cepat koyak.

 

6. Pasir Kucing

Pasir kucing ini dapat membantu untuk serap bau lumpur. Anda hanya perlu buka plastik dan biarkan sahaja ia menyerap bau itu. Boleh klik di sini untuk membeli. Pasir kucing ini dapat membantu untuk serap bau lumpur. Anda hanya perlu buka plastik dan biarkan sahaja ia menyerap bau itu. 

 

7. Pewangi rumah

Selepas banjir berlaku, bau yang busuk kesan air kotor dan lumpur akan mengambil masa yang agak lama nak hilang. Maka, anda dinasihatkan untuk guna pewangi rumah dan buka semua tingkap supaya bau busuk tersebut tidak terperap dalam rumah anda.  Paling penting, anda perlu mengocakkan air banjir dahulu untuk membuang lumpur dan barang-barang rumah perlu dibasuh banyak kali untuk menghilangkan bau busuk, lalu keringkan dan barulah sembur air menggunakan water jet.