Sebelum Nak TUKAR Kerja Tu Baca Dulu 5 Tips Ni !!
# Jenis Pekerjaan # Trending Semasa # Others

Sebelum Nak TUKAR Kerja Tu Baca Dulu 5 Tips Ni !!

post by MJ

by MJ

Jan 3, 2022
pada 11:22 AM

Nak Tukar Kerja? Follow 5 Tips Ni

Berapa lama kita dah bekerja di sebuah syarikat itu pasti kita akan cari peluang baru untuk masa depan kita kan. Tak kira la dari segi gaji ke atau keselesaan. Kita pasti akan plilih kerja yang lebih bersesuaian untuk diri kita.

Sebelum nak bertukar kerja anda boleh teliti dan pertimbangkan 10 Tips ini sebelum tukar kerja.



Gaji
Ni adalah paling common untuk seseorang tu menukar pekerjaan. Jika anda mempunyai pengalaman yang lama dan selaras dengan kerja yang anda mohon tu make sure yang anda boleh dapatkan sekurang kurangnya 20% hingga 30% pertambahan gaji.

 

Kemajuan Kerjaya 

Ni merupakan antara salah satu faktor penting juga jika anda ingin bertukar kerja. Setiap syarikat mempunyai budaya yang berlainan. Amatlah penting untuk anda kaji dulu budaya satu syarikat tu sebelum anda terima tawaran pekerja itu. Takkanlah nak kerja 5 tahun tak naik pangkat lagi kan.

Lokasi Bekerja

Lokasi yang tepat akan membantu anda dari segi kewangan juga tau. Cuba bayangkan gaji kasar anda dalam RM 2,500 dan anda terpaksa habiskan sehingga RM600 untuk kos pengangkutan. Kan rugi kalau begitu. Oleh itu antara tips nya, anda boleh cuba dapatkan syarikat yang sediakan elaun pengangkutan atau cari lokasi pekerjaan yang dekat dengan rumah anda. 

 

Budaya Syarikat

Jangan anggap perkara ni secara remeh, budaya syarikat ni sangat penting untuk kita pertimbangkan tau. Boleh kata setiap syarikat ni lain lain budayanya, ada yang terlalu peka sangat waktu bekerjanya, waktu bekerja tu memang kena bekerja jer siap monitor lagi anda buat kerja ataupun tidak, ada syarikat yang yang lebih santai dan rilek yang penting kerja haruslah siap.

 

Manfaat Pekerjaan 

Ramai jobseeker yang komplen bila dah bekerja tu ada yang tanya kenapa tiada bonus elaun ataupun yang lain. Oleh itu sangat penting untuk anda teliti dahulu manfaat pekerjaan sebelum anda terima pekerjaan itu. Ada setengah syarikat tu yang sediakan komisen, elaun, latihan, accomodation dan macam macam lagi