Gaji RM800 Boleh Buat SIMPANAN Ke?
# Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Gaji RM800 Boleh Buat SIMPANAN Ke?

post by MJ

by MJ

Feb 6, 2022
pada 11:37 AM

Gaji RM800 Boleh Buat SIMPANAN Ke?

Menerusi Sebuah video di Youtube yang dimuat naik oleh Dr. Adam Zubir berkisahkan tentang gaji RM800 boleh menyimpan ke?

Tidak dinafikan masih ramai antara kita yang gaji masih lagi dibawah paras gaji minima iaitu bawah RM1,100. Menurut beliau jika gaji dibawah paras gaji minima seperti RM800, secara realistiknya memang sukar untuk menyimpan duit. 

Mungkin ada yang menyatakan tentang formula seperti 10% dari pendapatan. Jika 10% dari RM800 ialah RM80, jika mampu untuk menyimpan duit ini sekalipun. Duit ini sebenarnya mampu untuk digunakan untuk menampung perbelanjaan makanan selama seminggu. Setiap wang yang diperolehi adalah sangat penting. 

Jadi jika berada di situasi seperti ini yang mana gaji dibawah paras kemiskinan atau dibawah gaji minima, dinasihatkan untuk menambah pendapatan anda. Belajar untuk menambah pendapatan melalui buat kerja freelance. Zaman moden ni kita banyak lihat banyak syarikat kecil atau sederhana yang mencari pekerja freelance seperti designer, blogger, video atau dropship…kebanyakan syarikat seperti ini mencari pekerja untuk sementara seperti project base bukan untuk menghire pekerja tetap. Antara yang menarik tentang freelance ini, bukan sahaja tertumpu di pasaran malaysia sahaja. Sebenarnya pasaran luar pun boleh. 

Sedikit nasihat diberikan, sekiranya kita bergaji kecil, kita hidup dalam gaji kita. Jangan ikut orang yang bergaji besar. Kita mesti tahu kos kehidupan di Malaysia. Sekiranya anda bergaji kecil, fokus anda bukanlah untuk mencari cara untuk menyimpan duit, tetapi fokus anda perlukah kepada macam mana nak tingkatkan pendapatan anda!