KERANA MENIPU STATUS COVID-19, MAJIKAN PECAT STAFF
# Pengetahuan Pekerja

KERANA MENIPU STATUS COVID-19, MAJIKAN PECAT STAFF

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Mar 2, 2022
pada 10:20 AM

KERANA MENIPU STATUS COVID-19, MAJIKAN PECAT STAFF

Nur Syamila

Kes postif Covid 19 semakin meningkat sekarang ini dan ianya bagai cendawan tumbuh. Disebabkan itu seseorang yang positif perlu kuarantin bergantung kepada status vaksinasi anda bagi mengelakkan yang lain dijangkiti. Namun, disebabkan itu, ada juga pekerja yang sanggup menipu majikan mereka dengan mengambil kesempatan mengatakan mereka positif Covid-19 sedangkan tidak dengan melakukan pelbagai cara. Kejadian ini telah dikongsikan oleh @mustakim_ismail, bahawa dia telah memecat seorang pekerjanya kerana menipu dengan membuat suntingan pada MySejahteranya.

Apa yang dikongsikan majikannya ini, pekerjanya ini menipu status positif Covid-19, namun buat kerja tak clean sebab mata majikan dia tajam.

“Kalau dah fully vaksin tapi positif, patutnya 7 hari je kuaranti, ni dah sampai 10 hari.”

Oleh sebab perkongsian daripada majikannya ini, netizen terkejut ada juga orang yang panjang akal dan sanggup melakukan seperti ini demi tidak bekerja. Ada diantara netizen yang berpendapat bahawa isu yang terjadi ini kemungkinan pekerja tersebut menipu dijangkiti Covid-19 tetapi tidak, ataupun menipu belum mendapatkan vaksinasin penuh tetapi tidak.