Hebat sangat ni, Guna Plastik je elak banjir
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Hebat sangat ni, Guna Plastik je elak banjir

post by MJ

by MJ

Mar 2, 2022
pada 10:33 AM

Hebat sangat ni, Guna Plastik je elak banjir

Kita semua tahu di pantai timur sedang mengalami banjir yang agak teruk di beberapa tempat. Namun, terdapat sebuah perkongsian di Tiktok yang menarik perhatian ramai orang memaparkan sebuah rumah yang air banjir tidak memasuki perkarangan rumahnya. Ini kerana rumahnya berada di kawasan agak tinggi, tetapi idea yang digunakan sangat membantu orang lain.

Tuan rumah ini membalut pagarnya menggunakan plastik bagi mengelakkan air semakin naik memasuki kawasan rumahnya. Idea yang digunakan memang bijak dan menjadilah. Warga maya sekalian memberi reaksi bahawa tuan rumah ini pernah alami situasi ni dan cara penyelesaiannya sangatlah bijak.

Jadi, rumah sesiapa yang selalu kena banjir tu boleh cuba cara ni untuk elakkan air banjir masuk ke dalam rumah.