7 Pekerjaan Masyuk Tahun 2022 TANPA PELAJARAN TINGGI! 
# Jenis Pekerjaan

7 Pekerjaan Masyuk Tahun 2022 TANPA PELAJARAN TINGGI! 

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Mar 4, 2022
pada 10:16 AM

7 Pekerjaan Masyuk Tahun 2022 Tanpa SPM! 

Dekat Malaysia ni bermacam macam jenis kerja ada. Tapi bila part gaji haaa tu dia, ada yang belajar tinggi tinggi tapi gajii cenoet. Ambik degree master tapi gaji level level lepasan spm betul dak? Tapi tak semua la kan. Cuma segelintir yang macam tu…

Ni ada perkongsian kerja apa yang takyah belajar tinggi tapi gaji sedap!

Agen insuran

Kerja ni nampak macam senang kan, tapi kena ada skill bercakap atau pandai buat sales. Tak sesuai untuk orang malu. Tapi bila dah ramai sangat agen insuran ni, kadang penat juga ya. Semua call kita nak paksa paksa buat dengan dia. Ish

Agen Hartanah

Ini nampak macam biasa biasa je kan. Tapi tanyalah kawan kawan yang kerja jual rumah berapa komisen dorang dapat bila satu unit terjual. Fuhh

  • Pelantar minyak

    Kerja dekat pelantar minyak ni idaman semua orang min rasa. Betul ke gaji masyuk berbaloi dengan apa yang dikorbankan macam anak bini tinggal berbulan lepastu kerja non stop lepastu dengan resiko yang patut ditanggung.

    Jadi artis/penyanyi

    Ini paling senang. Ko ada upsr je pun dah cukup asal kan ada bakat, make sure ada bakat. Takde bakat kang pening orang nak dengar macam baru baru ni dekat bigstage tu. penat sis nak dengar orang takdebakat nyanyi.

  • Pemain bola sepak

    Ni macam no 4. Ada bakat jalan. Tapi main bola sepak ni sekejap je, dalam 10-15 tahun je. Tu pun kalau mampu. Kalau ACL, masak kene bukak kedai burger. Nak cepat kaya masuk JDT. yedakkk!

    Kerja dekat Singapore

    Dalam kita sibuk hina orang kerja cleaner dekat office kita kata jijik lah apa lah, tahukah anda berapa ramai rakyat Malaysia yang jadi cleaner dekat singapore dengan gaji 3 kali lagi tinggi dari awak yang maki cleaner kat office tadi.

    Dropship

    Jadi dropship ni paling mudah takyah pening pening nak buat produk. Jual je, takyah pikir tapi tulah ni jangka masa pendek. Biasa nya jualan yang viral tu sekejap je. Esok lusa viral benda lain pulak