Gaji Di Malaysia Paling SEDIKIT DI Asia Tenggara
# Pengetahuan Pekerja

Gaji Di Malaysia Paling SEDIKIT DI Asia Tenggara

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Mar 6, 2022
pada 2:44 PM

Gaji Di Malaysia Paling SEDIKIT DI Asia Tenggara

Ditulis Oleh - Luq's

Berapa ramai di antara kita yang masih menerima gaji dibawah RM2,000 atau lebih mudah berapa ramai antara kita bergaji minima RM1,200. Masih lagi ramai. Mungkin kita tak tergolong dalam golongan ini tapi percayalah, orang di sekeliling kita pasti mengalami ini. Untuk pengetahuan anda, gaji di bawah RM2,000 di kawasan bandar alah diisytihar MISKIN.

Tinjauan saya buat dia shopping mall mendapati gaji pekerja di sektor F&B masih ditawarkan pada gaji RM1,200 DI BANDAR KL - Netizen

Kita boleh lihat di sekitar Asia Tenggara, gaji MINIMA ditawarkan di Thailand adalah sekitar RM1,600+. Manakala di Indonesia sekitar RM1,500+. Kita boleh tengok dekat sini perbandingan gaji minima kita. Jika di kawasan luar bandar gaji minima kita adalh RM1,100 dan bandar RM1,200. Masih jauh ketinggalan. 

Jika kita lihat kepada negara yang tidak mengamalkan sistem gaji minima seperti Singapura dan brunei. Kita boleh lihat gaji di Singapura seperti Cleaner, gaji diberi sekitar RM3,000+ dan jika lihat di Brunei pula Purata gaji terendah di negara tersebut adalah RM2400+. 



Namun tidak semua terpalit dengan isu gaji kecil ini. Apa pendapat anda, berapa gaji minima sepatutnya Malaysia ada?