Guru Ditegur Hias Kelas Tadika Banyak Sangat Lampu, Korang Rasa?
# Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Guru Ditegur Hias Kelas Tadika Banyak Sangat Lampu, Korang Rasa?

post by MJ

by MJ

Mar 10, 2022
pada 8:29 AM

Guru Ditegur Hias Kelas Tadika Banyak Sangat Lampu, Korang Rasa?

Ditulis oleh - Syamilla

Lagi beberapa minggu penggal sekolah akan dibuka semula, semua pelajar baru akan mendaftar ke penggal baru. Guru-gurulah adalah orang yang paling sibuk sekarang menyiapkan semua kemudahan kepada anak murid mereka.

Guru-guru akan menghias kelas sebelum murid-murid melapor diri dengan pelbagai tema yang sangat cantik dan menarik perhatian. Namun, tidak bagi cikgu pra sekolah ini yang telah memuat naik gambar kelas selepas dihias.

Guru pra sekolah ini menerima satu luahan perasaan tidak puas hati dari seorang pemilik Twitter yang merasakan hiasan kelas ini tidak sesuai untuk pelajar 5 hingga 6 tahun.

Oleh kerana Tweet tersebut, warga maya lain juga memberi komen kepada guru ini dan setuju dengan pendapat pertama. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengn hiasaN guru ini.

"Too much light. Boleh silau, rosakkan mata. Even dekat satu negara (I don’t remember) diorang banned pokemon sebab animasinya banyak flashlight.”

Ada juga yang berpendapat bahawa kanak-kanak tadika prasekolah hiasan kelasnya perlu menenangkan dari segi cat yang digunakan dan hiasan perabot di dalam kelas tersebut.

Kanak-kanak sangat suka warna warni, jadi bermainlah dengan warna-warna terang bagi menarik perhatian kanak-kanak.