[TERKINI] Syarat dan Info Penting Untuk Pengeluaran KWSP RM10,000!
# Trending Semasa

[TERKINI] Syarat dan Info Penting Untuk Pengeluaran KWSP RM10,000!

post by MJ

by MJ

Mar 15, 2022
pada 8:07 PM

Pengeluaran KWSP RM10,000 DILULUSKAN!

Desas desus khabar angin bertiup semenjak penhujung tahun 2021 lagi mengenai pengeluaran KWSP bakal dibenarkan. Majoriti rakyat Malaysia meminta pengeluaran ini diluluskan. 

Keputusan ini dibuat berikutan kajian yang dilakukan secara menyeluruh dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkesan dari segi ekonomi dan yang telah kehilangan pendapatan dan juga yang sedang membina semula kehidupan.

Seperti sebelum ini, pengeluaran KWSP telah diberi kepada rakyat Malaysia melalui skim i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra yang melibatkan 7.34 juta pencarum semenjak pandemik 2 tahun lalu.

Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 pada tengah hari ini.

Perdana menteri berkata lagi, setiap pencarum diharap mempertimbangkan secara serius sebelum mengeluarkan wang ini, demi masa depan.

Antara kriteria atau kelayakan mengeluarkan wang simpanan KWSP adalah seperti berikut.