Share Gaji Dengan Rakan Sekerja. Bagus Ke Buruk?


by Maukerja Team
Share Gaji Dengan Rakan Sekerja. Bagus Ke Buruk?
Setiap gaji membawa makna tersendiri. Sebagai contoh dengan gaji orang boleh mencongak apakah jawatan anda, berapa lama anda bekerja, dan sebagainya. Ianya lebih kepada mana mana individu tersebut nak pandang dari sisi apa. So boleh ke nak share gaji dengan rakan sekerja?
Apa yang buruk bila share gaji dengan kawan sekerja ni bila mana kita tahu gaji kawan kita lagi besar dari kita. Tapi kerja dia relax je tak banyak. Dekat sini apa berlaku kalau jadi kat korang? Mestilah korang rasa takde mood kan nak kerja. Lagi lagi bila tahu gaji kita kecil tapi kerja banyak. Betul tak? Dah satu hal kita jadi orang yang negative. Dari sini nanti haa mula lah kita jadi orang yang berkira. Itu tak boleh ini tak boleh.
Buruk yang kedua? Dekat sini je nanti mesti ada mulut mulut murai yang bercakap belakang korang. Dengan gaji korang tu, apa yang korang belanja kan. Sebagai contoh korang beli kereta lah rumah lah, baju itu la kasut ini lah, mesti akan ada mulut yang bercakap “aih, gaji XXXX je tapi belanja macam gaji 10K”. Haa tu baru satu, belum lagi datang yang cop kita ni boros la apalah. Tak percaya? Try la share gaji korang dengan kawan. Pastu angkat la honda ke vios ke. Tengok apa kawan kata.
Buruk yang ketiga? Sama macam yang pertama. Cuma lain angle. Bayangan kalau orang tahu gaji kau besar. Dan rata rata dalam company yang berada dibawah kau nak gaji tu. Mesti akan ada mulut mulut berbaur fitnah nak menjatuhkan kau Percayalah, manusia ni sentiasa hidup dalam kecemburuan. Pantang orang senang, nak je dia jatuhkan korang.
Yang keempat? Korang share dulu article ni kasi ramai views. Nanti admin sambung. Ni semua adalah kisah benar ya.