6 Apps Yang BAHAYA Dalam Telefon Korang. Uninstall Cepat!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

6 Apps Yang BAHAYA Dalam Telefon Korang. Uninstall Cepat!

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Mar 22, 2022
pada 7:40 AM

6 Apps Yang BAHAYA Dalam Telefon Korang. Uninstall Cepat!

Zaman moden ni apa apa cara orang boleh buat dekat phone korang tahu tak. Dalam phone kita ni bukan je sekadar ada maklumat bank, gambar gambar kita semua ada. Tinggal belum time kita jadi mangsa je. Sebab tu la semua apps nak access gallery kita la, password kita lah. Sekali kita salah install apps. Ibarat macam gadai diri secara percuma je…

Ini 6 Apps yang korang jangan cuba cuba download!

Super VPN

Sebab super VPN ni akan curi data atau pun maklumat mengenai bank anda. Korang pernah dengar tiba tiba duit hilang dekat bank ataupun tiba tiba kad credit charge sebab beli bitcoin atau game? Haaa benda benda macam ni lah. Tak caya sehari cuba duduk kat balai. Mesti ada yang buat report duit hilang dalam bank.

Tak cukup tu, diorang pun boleh access gallery telefon korang. Sapa sapa yang suka selfie dalam jamban tu habislah.

 

FIldo

FIldo ni dia boleh track dekat mana kita ada. Kenapa bahaya kalau dorang tahu lokasi kita? Ni dah macam kita ni takde privacy. Kita pergi mana mana dia boleh tahu. Bila dia tahu dia buat apa? Haa mula lah ads yang bukan bukan keluar. Anda mencari teman ni seremban? Haa gitu.

 

Dolphin web Browser

Kebanyakan hacker akan guna apps ni untuk dapatkan informasi personal kita macam bank dan sebagainya. Ini dengan superVPN sama sama bahaya. 

 

Cleanit

Apps ni banyak orang download. Banyak gila orang tertipu sebab dia kata dia akan laju kan phone kita. Padahal tak kasi laju pun, makin slow kan phone kita adalah. Tak tahu lah apa ke pasal dia cipta apps macam ni. Buat naya orang je. 

 

UC Browser

Ini tadi lebih kurang sama macam Dolphin web Browser. Cuma yang ni lebih famous! Betul tak.

Virus cleaner

Zaman 2016 semua orang akan pergi playstore download anti virus. Dah 2022 ni tak tahu ah ada lagi ke tak. Anti virus pun pakai yang free atau ciplak. Nak protect dari apa macam tu? Apps ni bukan buang virus, tambah virus lagi adalah.