BAHAYA! INI SENARAI 5 BENDA TAK BOLEH LETAK DALAM KERETA


by Maukerja Team
BAHAYA! INI SENARAI 5 BENDA TAK BOLEH LETAK DALAM KERETA
Ditulis Oleh - Ikmal
Zaman sekarang ni, makin ramai orang yang mempunyai kereta mereka sendiri. Dengan adanya kereta, mudahlah untuk ke sana sini dengan bebas. Tahukah anda, terdapat beberapa benda yang korang tak boleh tinggal di dalam kereta. Kesannya bukan je boleh rosakkan kereta, tapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan korang tau.
Seorang pengguna Tiktok berkongsi satu video untuk memberitahu 5 benda yang tak boleh tinggal dalam kereta.
Jangan ambil mudah, ikuti senarai benda yang dilarang di bawah!
Ubat-ubatan
Kalau suhu kereta korang melebihi 25 darjah celcius, ubat-ubatan yang ditinggalkan tu akan rosak.
Tin aerosol seperti WD4D ataupun Air Freshener.
Sekiranya tin aerosol tu bocor, ia akan meletup di dalam kereta korang. Bahaya tau!
Ubat gegat atau racun serangga
Jika suhu dalam kereta panas, ia akan mengeluarkan bau yang busuk. Jadi, tak sedaplah untuk korang bau dalam kereta.
Haiwan kesayangan
Haiwan peliharaan korang tu boleh mati kalau keadaan dalam kereta tu terlalu panas dan kedap udara. Macam mana haiwan tu nak bernafas dengan baik.
Air botol
Air yang terdedah kepada suhu panas akan mengeluarkan bahan kimia. Oleh itu, kepala korang akan mudah pening kalau minum air tu.
Itulah 5 benda yang korang tak boleh tinggal dalam kereta. Lepas ni bolehlah periksa dalam kereta korang. Kalau ada salah satu yang disenaraikan di atas, cepat-cepat keluarkan tau!
Sumber: Tiktok