PAKEJ PERANTISISWA 2022: BANTUAN TABLET PERCUMA UNTUK PELAJAR IPT B40
# Gaya Hidup # Trending Semasa # Others

PAKEJ PERANTISISWA 2022: BANTUAN TABLET PERCUMA UNTUK PELAJAR IPT B40

post by MJ

by MJ

Mar 30, 2022
pada 6:28 AM

PAKEJ PERANTISISWA 2022: BANTUAN TABLET PERCUMA UNTUK PELAJAR IPT B40

Ditulis oleh - Ikmal

Pakej PerantiSiswa keluarga Malaysia yang dibentangkan dalam Bajet 2022 adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan rakyat terutamanya pelajar IPT mempunyai peranti dan akses Internet pada kos yang berpatutan.

APA ITU PAKEJ PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA?

Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih bertujuan untuk membekalkan sebuah peranti ‘tablet’ kepada setiap pelajar B40 di institusi pengajian tinggi (IPT).

Pelaksanaan Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia akan dibantu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program ini dibuat khusus untuk pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dari golongan B40 untuk memiliki sebuah peranti tablet bersama data jalur lebar mudah alih.

Kerajaan akan memperuntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta bagi melaksanakan program ini. Kira-kira 600,000 pelajar di seluruh negara dijangka akan menerima manfaat ini. Pakej ini tertakluk kepada terma dan syarat yang akan ditetapkan.

 KELAYAKAN

Mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) layak memohon inisiatif ini sekiranya mereka berada dalam kelompok keluarga B40 iaitu keluarga yang mempunyai purata bulanan pendapatan isi rumah di bawah RM4,850.

Semua mahasiswa dalam kelompok keluarga B40 yang ingin memohon mestilah belajar di peringkat pengajian diploma, diploma lanjutan dan ijazah sarjana muda daripada universiti awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT

Syarikat telekomunikasi yang dijangka terlibat untuk melaksanakan inisiatif ini adalah :

Celcom Axiata Berhad (Celcom),

  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi),

  • Maxis Berhad (Maxis),

  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile),

  • Telekom Malaysia Berhad (TM) dan

  • YTL Communications Sdn Bhd (YES).

    TARIKH PENDAFTARAN/PERMOHONAN

    Semua pelajar IPT boleh membuat pendaftaran dan permohonan pakej ini bermula pada pertengahan April 2022. Proses perolehan bagi inisiatif ini sedang dibuat dan dijangka dapat disempurnakan pada bulan Mei 2022. Seterusnya, ia akan mula dilaksanakan pada bulan Jun 2022. Pihak IPT akan diberi taklimat lanjut oleh KKMM dan KPT untuk kelancaran pelaksanaan inisiatif ini. Maklumat lanjut akan dikongsi dalam masa terdekat.

    Sumber: ecentral