GAGAL DALAM SPM, WARTAWAN RTM INI BUKTIKAN BOLEH DAPAT MASTER
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

GAGAL DALAM SPM, WARTAWAN RTM INI BUKTIKAN BOLEH DAPAT MASTER

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Mar 30, 2022
pada 6:56 AM

GAGAL DALAM SPM, WARTAWAN RTM INI BUKTIKAN BOLEH DAPAT MASTER

Ditulis Oleh EA

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan setelah mempunyai kegagalan dalam kehidupan. Nak pula jika kita pernah gagal berkali-kali macam kisah wartawan RTM ni yang pernah gagal ketika SPM dan dalam degree. 

Baru-baru ini wartawan RTM, Faisal Jamal baru sahaja konvo master pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45. Bagaimanapun, beliau merasakan seperti tidak percaya kerana dulu selepas SPM beliau tidak mahu untuk sambung belajar berikutan kegagalannya dalam SPM. 

“Daripada spm pangkat 3, tak nak belajar lepas tu. Sudah kerja masuk semula belajar tetapi hanya layak ke kolej swasta waktu itu, almarhum bapaku sanggup buat pinjaman bank. Bila nak sambung degree, duit pula dah tak ada. Jadi masuklah ke alam pekerjaan dan banyak sangat jatuh bangun. Masuk U swasta PJJ pun tsadai. Akhirnya tekad ke UPM. Hari ini saya seperti tidak percaya telah tamat Master Komunikasi Korporat”

 

Min pun nak pesan pada semua jangan cepat sangat mengalah dan teruskan usaha. Mana lah tahu min pula ada PhD lepas ni kan? Korang doakanlah.