GOLONGAN B40 M40 DAN T20: MAKSUD DAN KATEGORI
# Gaya Hidup # Trending Semasa

GOLONGAN B40 M40 DAN T20: MAKSUD DAN KATEGORI

post by MJ

by MJ

Mar 31, 2022
pada 7:25 AM

GOLONGAN B40 M40 DAN T20: MAKSUD DAN KATEGORI

Ditulis Oleh - Ikmal

Baru-baru ini, kecoh kisah seorang pensyarah yang mengutuk golongan B40 di media sosial Twitter. Perkara itu membuatkan ramai golongan B40 yang berasa tak puas hati dan bertindak mengecam pensyarah tersebut.

Namun begitu, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan golongan B40? Selain B40, terdapat juga dua golongan lain iaitu M40 dan juga T40. Daripada ketiga-tiga golongan ini, terdapat juga beberapa kategori kecil yang dipecahkan kepada beberapa pecahan.

Tindakan membahagikan kepada tiga golongan ini adalah usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan yang berpendapatan rendah di Malaysia. Tindakan ini juga bagi memudahkan kerajaan untuk memberikan bantuan kepada golongan yang sepatutnya.

Jom sama-sama kita ketahui maksud dan kategori golongan B40, M40 dan T40.

MAKSUD 

Golongan B40

Golongan ini mempunyai tangga gaji dan pendapatan isi rumah keluarga RM4,850 sebulan dan ke bawah.

Golongan M40

Golongan ini pula mempunyai tangga gaji dan pendapatan isi rumah keluarga RM4,851 sebulan dan ke atas.

Golongan M40 Malaysia Kumpulan pertengahan ini adalah kalangan yang menikmati gaji dan pendapatan isi rumah antara RM4,851 sebulan hingga RM10,970 sebulan.

Golongan T40

Golongan ini dikenali sebagai golongan teratas. Golongan kaya yang mana tangga gaji dan pendapatan isi rumah di Malaysia setiap bulan melebihi RM10,971 untuk tahun 2022.

 

PECAHAN KATEGORI

Berikut merupakan pecahan untuk setiap kategori dengan lebih terperinci yang dibuat oleh Jabatan Statistik Negara. Ini adalah berdasarkan pendapatan kasar bulanan isi rumah dan bujang di Malaysia pada setiap bulan.

 

Golongan B40

B1 - Kurang daripada RM2,500

B2 - RM2,501 hingga RM3,170

B3 - RM3,171 hingga RM3,970

B4 - RM3,971 hingga RM4,850

 

Golongan M40

M1 - RM4,851 hingga RM5,880

M2 - RM5,881 hingga RM7,100

M3 - RM7,101 hingga RM8,700

M4 - RM8,701 hingga RM10,970

 

Golongan T20

T1 - RM10,971 hingga RM15,040

T2 - Lebih dari RM15,041 sebulan

 

Kategori ini dibuat dengan harapan data yang diperolehi Jabatan Statistik Negara ini dapat digunakan oleh kerajaan untuk menyalurkan bantuan kerajaan lebih bersasar kepada golongan yang lebih memerlukan. Lepas ni, bolehlah korang periksa kedudukan golongan anda semua. Lepastu, boleh mohon bantuan kerajaa mana yang sepatutnya.