Bila bekerja dalam era moden ni, memang kita tak boleh share dengan kawan kawan gaji kita berapa. Tapi biasanya kita boleh je tahu macam mana kehidupan dia. Takkan lah gaji RM1,500 duduk rumah double story kat Damansara kan.


by Maukerja Team
Bila bekerja dalam era moden ni, memang kita tak boleh share dengan kawan kawan gaji kita berapa. Tapi biasanya kita boleh je tahu macam mana kehidupan dia. Takkan lah gaji RM1,500 duduk rumah double story kat Damansara kan.
So dekat sini macam mana kita nak tahu yang gaji yang kita dapat tu sebenarnya rendah?
Kalau fungsi kerja sama je, tak kisahlah bekerja di syarikat mana pun, dan korang dapat tahu diorang mendapat bayaran yang lebih tinggi, ini adalah salah satu tanda yang korang sebenarnya dibayar rendah. Tapi kalau manfaat yang korang dapat dengan bekerja di syarikat sekarang lebih banyak, mungkin boleh terimalah kan?
Bila rakan sekerja dinaikkan pangkat dan korang masih lagi di dalam kerusi jawatan yang sama, perbezaan gaji akan wujud. Sekiranya korang inginkan peningkatan gaji yang lebih 'nampak' atau tinggi seperti mana rakan sekerja tadi, cuba cari cara untuk meningkatkan prestasi diri dan mengesan di mana kekurangan korang yang perlu ditingkatkan.
Dah banyak masa dan tenaga yang korang korbankan untuk meningkatkan keuntungan dan prestasi jualan syarikat, tapi usaha korang ni hanya dipandang sepi, tak ada bonus atau sebarang ganjaran diberikan.
Sepertimana dikatakan dalam Tanda 3, sekiranya apa yang korang buat, dari projek, penjimatan dari segi bajet dan sebagainya tak dipandang atau mendapat penghargaan daripada sesiapa dan sebaliknya orang lain yang dapat kredit tu atau wujud favoritism, mungkin ini salah satu tanda korang boleh angkat kaki.
Ouch! Ni agak sakit! Kalau korang dibayara lagi rendah daripada orang yang baru masuk, lebih-lebih lagi kalau bidang tugasnya tak berapa berbeza dengan korang. Yang tak bestnya, bila korang sebenarnya ada lebih banyak pengalaman daripada mereka-mereka ni.
Bila korang rasa hampir kesemua tanda ni ada kat tempat kerja sekarang, korang mungkin boleh cuba berunding dengan majikan untuk mempertimbangkan kenaikan gaji.