“INGATKAN MANIS, RUPANYA TAWAR” INI CARA NAK PILIH BUAH OREN YANG MANIS
# Gaya Hidup

“INGATKAN MANIS, RUPANYA TAWAR” INI CARA NAK PILIH BUAH OREN YANG MANIS

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Apr 6, 2022
pada 11:55 AM

“INGATKAN MANIS, RUPANYA TAWAR” INI CARA NAK PILIH BUAH OREN YANG MANIS

Ditulis oleh - Ikmal

Buah oren mempunyai banyak khasiat untuk tubuh badan kita. Ia kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan dalaman seseorang agar tidak mudah jatuh sakit. Selain itu, buah oren juga mengandungi serat, kalium dan folat yang pastinya memberi kesan baik kepada tahap kesihatan tubuh badan seseorang. Buah oren juga mempunyai rasa yang sedap iaitu masam-masam manis.

Namun begitu, korang pernah tak tersalah beli buah oren yang kurang manis sehingga akhirnya korang dah taknak makan buah oren tersebut? Seorang pengguna Tiktok telah berkongsi satu video berkenaan tips memilih buah oren yang manis. Ternyata mudah sahaja, ketahui cara memilih buah oren yang manis di bawah. Menurut pemilik video, cara untuk ketahui buah oren itu manis mahupun tidak adalah dengan hanya melihat satu lobang yang berada di bahagian luar kulit. Sekiranya lobang itu kecil, ia bermaksud bahawa buah oren itu kurang manis, manakala jika lobang itu besar, maka buah oren tersebut adalah manis.

Mudah sajakan? Min pun baru tahu tau! Lepas ini, jangan lupa tengok lobang itu dulu sebelum membeli buah oren. Barulah lepasni tak tersalah beli buah oren yang kurang manis.
Sumber: Tiktok