Selain Ada Masalah English, Interviewer 'Pantang' Kalau Dengar 4 Ayat Ni Masa Interview! Eh, Kenapa?
# Jenis Pekerjaan # Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

Selain Ada Masalah English, Interviewer 'Pantang' Kalau Dengar 4 Ayat Ni Masa Interview! Eh, Kenapa?

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Apr 13, 2022
pada 5:57 AM

Selain Ada Masalah English, Interviewer 'Pantang' Kalau Dengar 4 Ayat Ni Masa Interview! Eh, Kenapa? 

Terdapat beberapa perkara yang penting yang korang harus simpan sebelum diterima bekerja. Jika perkara-perkara ini diketahui oleh majikan, peluang untuk korang diterima bekerja adalah tipis.

Jadi di sini terdapat 5 perkara yang paling mudah didedahkan oleh pemohon yang sememangnya akan menganggu proses permohonan korang daripada diterima bekerja. Jadi korang harus hati-hati! 

1.Berapa Banyak Pekerjaan Yang Telah Korang Mohon

Memohon banyak pekerjaan selain daripada hanya satu adalah langkah yang bijak kerana korang mempunyai peluang-peluang untuk memilih pekerjaan yang terbaik apabila diterima. Namun menberitahu majikan yang korang juga sedang menunggu pekerjaan lain pada masa yang sama bukan la satu langkah yang wajar kerana majikan mula memandang anda sebagai seorang yang tidak serius dalam memohon pekerjaan.

2. Korang Sedang Dalam Masalah Kewangan

Desakan kewangan memerlukan korang unutk mendapatkan pekerjaan secepat mungkin. Ini menyebabkan korang kerja hanya untuk duit tetapi bukan kerana minat dengan pekerjaan itu sendiri. Majikan akan melihat korang sebagai seorang yang tidak mampu bertahan lama kerana bekerja hanya untuk duit!

3.   Memohon Hanya Untuk Memenuhi Kemahuan Gaya Hidup

Apabila korang mendedahkan bahawa pekerjaan yang sedang dimohon akan memenuhi kemahuan gaya hidup seperti mendapatkan gaji yang besar dan rumah yang mewah, majikan hanya akan melihat korang sebagai seorang yang hanya mementingkan title atau pangkat lebih daripada rasa minat dan kebolehan diri dalam melakukan kerja yang ditawarkan. 

4. Kesusahan Atau Kesenangan Dalam Mendapatkan Peluang Pekerjaan

Setiap pekerjaan atau syarikat mempunyai standard mereka yang tersendiri. Anda tidak boleh membeza-bezakan antara satu pekerjaan dengan pekerjaan yang lain yang ditawarkan dari pelbagai agensi atau syarikat. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan impression atau minat majikan terhadap diri korang.

5. Peluang-peluang Yang Telah Dihampakan Semasa Pencarian Pekerjaan

Korang tak patut mendedahkan peluang-peluang pekerjaan yang telah korang tolak. Hal ini kerana majikan akan berfikir anda juga akan turut melakukan perkara yang sama jika diberikan peluang pekerjaan yang dimohon. Secara tidak langsung majikan menganggap korang hanya membuang masa!

Untuk anda yang follow blog Maukerja jangan terima kasih dan jangan lupa teruskan mendapatkan info-info menarik. Malah untuk anda belum follow sila singgah tau dan korang yang tengah mencari kerja kosong boleh lawat di portal Maukerja. Pelbagai jenis pekerjaan yang kami update di sana. Jom join group telegram kami untuk dapat terus update ke phone anda.