Kuala Lumpur Merupakan Bandar Keempat Paling Overwork


by Maukerja Team
Kuala Lumpur Merupakan Bandar Keempat Paling Overwork
Ditulis Oleh - Ikmal
Sebelum ini, Kuala Lumpur telah tersenarai sebagai bandar yang bekerja terlebih masa di ranking dunia. Dalam senarai tersebut, Kuala Lumpur telah berada di tangga keempat setelah Hongkong, Singapura dan Seoul.
Ikuti pencerahan yang dikongsi oleh ML Studio melalui akaun Youtube miliknya berkaitan overworked dalam pekerjaan. Menurut pengulas video, overworked di Malaysia sebenarnya sudah menjadi perkara biasa. Namun, jangan sampai ia menjejaskan kehidupan seharian korang pula ye. Jom ikuti perkongsian di bawah! 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!
Cara Untuk Mengetahui Pekerjaan Tersebut Overworked
Kerja melebihi 48 jam seminggu termasuk pergi balik kerja
Mengikut pengiraan, hanya ada lebih 8 jam sehari untuk seseorang rehat, tak termasuk Sabtu dan Ahad. Sedangkan orang Barat hanya bekerja 35 jam seminggu iaitu 4 hari setengah sahaja. Cari kerja elok sikit di Maukerja sini... 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!
Melebihi garisan Karoshi Line di Jepun (80 jam overtime sebulan)
Kiraan tersebut menunjukkan seseorang membuat overtime kerja sebanyak 20 jam seminggu. Berdasarkan Karoshi line tersebut, sesiapa yang bekerja melebihi garisan tersebut akan berisiko untuk mati.
Kesan Overworked Dalam Pekerjaan
Kualiti kerja yang dibuat akan jatuh merundum.
Kerja yang boleh disiapkan dalam masa sejam tapi disebabkan seseorang tu overwork, kerja tersebut disiapkan dalam 2 hingga 3 jam. Hal ini disebab badan dan otak menjadi penat dan sukar untuk bekerja dengan baik.
Kehidupan Seharian Terjejas
Seseorang yang bekerja overworked akan menjejaskan hubungan kekeluargaan, kesihatan dan komuniti. Balik sahaja kerja terus fikir nak rehat. Takde langsung terfikir nak kenal jiran, berborak bersama keluarga dan sebagainya.
Situasi ini sememangnya berlaku di Kuala Lumpur di mana korang tak kenal pun jiran korang sendiri. Tidak bermakna lebih kerja, anda akan lebih efisien dalam pekerjaan. Kalau dah disenaraikan overworked, pekerjaan anda sememangnya diakui tidak efisien pun.
Namun kena jelas…
Semua orang perlu jelas bahawa konteks kerja setiap orang berbeza-beza. Seseorang yang bekerja mengikut projek, mestilah ada waktu overworked sebab tarikh penghantaran projek dah nak dekat. Bagi seseorang yang kerja sebagai akauntan pula, hujung bulan memang kena overworked sebab banyak kerja perlu dilakukan. Sebab tu, orang cakap setiap pekerjaan itu lain-lain. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!