Pemuda Ini Bongkar, 5 Pekerjaan “offer” Gaji Masyuk, Tapi Takyah Belajar Tinggi!
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja # Trending Semasa

Pemuda Ini Bongkar, 5 Pekerjaan “offer” Gaji Masyuk, Tapi Takyah Belajar Tinggi!

post by MJ

by MJ

Apr 16, 2022
pada 11:05 PM

Pemuda Ini Bongkar, 5 Pekerjaan “offer” Gaji Masyuk, Tapi Takyah Belajar Tinggi!

Oleh - Luq's

Kerja ada banyak di Malaysia ni, bermacam bidang korang boleh cuba mohon cumanya antara tidak tahu bagaimana untuk mohon ataupun tidak mahu sahaja. Kali ini akaun seorang pemuda ni dia kongsikan info yang sangat informatif dan berguna sekali bagi penganggur-penganggur di luar sana. Terserah pada diri sendiri samada mahukan kerjaya lain ataupun kerjaya sebegini. Jom je cari kerja dekat Maukerja! 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!

Jangan ingat orang yang kerja bidang 3D ini tidak boleh berjaya, mereka juga timba ilmu, kemahiran dan juga paling penting bayarannya sangat menguntungkan. Kalau korang pernah pasang niat tapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya, boleh lah baca dan jadikan panduan.

“Untuk kau yang tak belajar tinggi tapi nak kerja gaji besar. Tak semua orang belajar tinggi, bila keluar boleh dapat gaji besar. Aku amik 5 kerja yang gaji masyuk tak payah masuk universiti. Maknanya kau tak perlu hutang ptptn"

Boring Machine

Ramai orang Malaysia tak tahu pasal kerja ni. Ramai ambik tak endah je. Korang tahu tak gaji bawak benda ni boleh dapat sampai RM7,000! Kebanyakan kerja bawak boring machine ni selalunya orang luar je. Orang kita tak tahu ke? Orang luar takde lesen pun boleh bawak ni dengan gaji boleh dapat RM3,000 lebih, korang takkan nak duduk office gaji RM1,500?

Crane operator

Ni mungkin dah ramai tahu tapi tak berani. Maybe sebab resiko. Tapi tulah. Kalau dah dia bagi gaji sampai RM10,000 siapa je nak tolak weh. Kalau bawak crane dekat offshore, gajii dorang bayar pakai USD tahu tak!

Pilot Darat

Tengok gambar pun dah tahu, buat apa korang nak sambung belajar sampai master degree tapi nak bawak lori betul tak? Korang tahu tak, basic jadi pilot darat ni starting je dah RM4,000. Ada yyang boleh pergi sampai RM10K!

Wireman

Dulu macam tak percaya, sekarang ni korang try lah panggil wireman buat plug kat rumah korang. Tengok satu point dia charge berapa. Bukan murah tau, mahal! 

Mekanik kereta / Pomen

Nampak macam biasa je kan? Korang tahu tak, kerja ni paling cepat nak berjaya. Maksud dia dekat sini. Korang kerja je beberapa tahun dekat bengkel. Lepastu pelan pelan belajar macam mana nak bukak bengkel sendiri. Dah ada bengkel sendiri, time tu haaa korang dah boleh goyang kaki!

So ni lah antara kerja yang boleh menjamin gaji besar! DIJAMIN, tak main main! Tinggal nak taknek je okay. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang!