4 Cara Ni, Kalau Guna. DIJAMIN Boleh Dapat Kerja
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

4 Cara Ni, Kalau Guna. DIJAMIN Boleh Dapat Kerja

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 17, 2022
pada 9:19 AM

Zaman sekarang sememangnya zaman sukar untuk mendapat pekerjaan. Sekiranya anda sudahpun memiliki pekerjaan, kami nasihatkan anda bertahan walaupun anda sudah tidak betah lagi bekerja di syarikat berkenaan.

Ini kerana peluang bekerja di syarikat lain teramatlah tipis dek kerana banyak syarikat bertindak untuk mengurangkan pekerja kerana faktor ekonomi yang semakin merosot!

Bagaimanapun, sekiranya anda ingin mencuba, kami ad acara buat anda! Bukan yang sudah bekerja saja boleh gunakan cara ini, yang masih menganggur pun boleh try!

1. Email Resume Ke Syarikat Pilihan

Kami yakin, anda pasti sudah membuat kajian mengenai syarikat yang anda idamkan. Betul? Haa,sekiranya begitu, anda tentu sudah tahu alamat e-mail yang digunakan oleh syarikat berkenaan kan?

Tunggu apa lagi, hantarkan resume anda segera ke e-mail berkenaan dan lampirkan bersama resume anda yang tip top dan menawan. Jangan lupa cover letter dan e-mail hendaklah dihantar kepada bahagian HR.

2. Hantar Resume By Hand

Jangan takut untuk mengorak langkah ke syarikat-syarikat idaman anda. Buka untuk meminta simpati, tetapi dengan menghantar sendiri resume anda ke syarikat berkenaan, anda akan dilihat bersungguh-sungguh untuk bekerja!

Sekiranya pihak syarikat membenarkan anda menghantar resume terus ke bahagian HR, gunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Sekiranya tidak, anda hanya perlu meninggalkan resume anda kepada receptionist yang bertugas pada hari berkenaan. Jangan lupa untuk meletakkan nama dan tuliskan ke alamat HR syarikat berkenaan.

3. Gunakan Orang Dalam (Tidak Digalakkan Woi)

Anda ingat kami gila? Tak, kami masih waras. Tapi, hakikatnya, inilah yang harus diterima semua. Mengenali ‘orang dalam’ sesuatu syarikat akan mencerahkan peluang anda untuk dipanggil ke temuduga.

Hmm, walaupun kelihatan agak tidak adil, tetapi tiada salahnya untuk anda mencuba. Cuma, sekiranya anda telah mendapat pekerjaan idaman, pastikan anda melakukan kerja dengan baik dan amanah supaya tidak jadi bahan umpatan orang!

4. Apply Melalui Laman Mencari Kerja

Dah taka da cara lain? Dilaman internet sekarang, pelbagai laman mencari kerja yang diperkenalkan. Pelbagai tawaran pekerjaan dari jawatan kecil hingga jawatan besar disiarkan.

Anda hanya perlu mengambil laptop dan isi segala maklumat diri anda. Tak tahu laman apa? Haa, Maukerja Malaysia menawarkan pel bagai kerja kosong buat anda! Jadi, apa tunggu lagi. Jom daftar di Maukerja Malaysia dan dapatkan pekerjaan idaman yang anda impikan selama ini. 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang.

5. Join Karnival Kerjaya Maukerja 2022!

Orang kata, tuah ayam Nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu, kan? Jadi, Mari semua pencari kerja di Malaysia untuk menghadiri event besar besaran yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Maukejrja bakal mengadakan karnival kerjaya pada 23/5/2022 - 28/5/2022, tempat adalah terhad. Join Telegram Karnival Kerjaya Maukerja Sekarang!

Jemput Semua Join Ya! Min Tunggu Korang Di Group Ya!

KLIK  DISINI