Asteroid Besar Dua Kali Ganda Burj Khalifah, Lintas Menghampiri Bumi 27 Mei Ini - NASA

by Maukerja Team
Asteroid Besar Dua Kali Ganda Burj Khalifah, Lintas Menghampiri Bumi 27 Mei Ini - NASA
Ditulis Oleh - Jiji
Melalui laporan terbaru akhbar Daily Mail pada Isnin lepas, 23 Mei 2022, sebuah asteroid yang bersaiz dua kali ganda bangunan Burj Khalifa dijangka akan melintasi menghampiri Bumi pada 27 Mei 2022 bersamaan Jumaat ini.
Asteroid ini diberi nama 7339 (1989 JA) dimana saiz diameternya adalah 1.8 kilometer dengan bergerak pada kelajuan kira-kira 47,231 kilometer sejam (km/j). Pusat Kajian Objek Dekat Bumi NASA (CNEOS) pun dah keluarkan info dimana asteroid ini akan berada paling hampir dengan Bumi pada pukul 14:26 UTC, hari ini 27 Mei 2022. Haa, kalau korang nak tahu perkembangan semasa perjalanan asteroid tu, korang bolehlah follow rapat update dari akaun rasmi NASA.
Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja
Meskipun banyak kenyataan yang telah dikeluarkan mengatakan bahawa asteroid ini “berpotensi berbahaya’ tetapi berdasarkan kenyataan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), ianya tidak akan memberi ancaman kepada Bumi.
Selain itu, fakta yang menarik tentang asteroid ini, walaupun dikatakan menghampiri Bumi, ianya berada kira-kira 4 juta kilometer jarak dari Bumi yang mana menyamai 10 kali ganda purata jarak antara Bumi dan Bulan. Maksudnya, kalau asteroid ni nak sampai ke Bumi memakan jutaan tahun lagi. So korang takyahlah acah-acah macam kita ni dalam cerita ‘Don’t Look Up’ ye.