Wabak ‘Monkeypox’ Melanda Dunia, Ini Cara Penularan dan Simptom Kepada Manusia
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Wabak ‘Monkeypox’ Melanda Dunia, Ini Cara Penularan dan Simptom Kepada Manusia

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 26, 2022
pada 7:57 AM

Wabak ‘Monkeypox’ Melanda Dunia, Ini Cara Penularan dan Simptom Kepada Manusia

Ditulis oleh - Jiji

Baru dua tahun satu dunia terkesan dengan penularan wabak Co Vid19, kini gempar pula dengan wabak virus ‘monkeypox’. Kenyataan mengenai virus ini dikeluarkan oleh World Health Organization (WHO) pada minggu lepas, 19 May 2022 apabila virus itu secara tiba-tiba menyerang di beberapa negara. 

Bagaimana virus “monkeypox” boleh tersebar kepada manusia?

Gigitan atau sentuhan langsung dengan sebarang cecair dari badan manusia, darah atau haiwan yang dijangkiti virus monkeypox

  • Titisan penafasan, contohnya korang bercakap atau bernafas terlalu dekat dengan orang yang dijangkiti

  • Kontak langsung dengan cecair dari ruam di badan orang yang dijangkiti atau dari objek yang telah tercemar dengn virus monkeypox seperti tuala, tempat tidur atau pakaian.

    Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja

    Apakah simptom jika dijangkiti?

    Ruam mokulopapular yang bermula dimuka kemudian tersebar ke tapak tangan, kaki serta kulit-kulit yang lain.

  • Demam

  • Sering keletihan

  • Sakit kepala

  • Lenguh tubuh badan

  • Sakit bahagian belakang badan atau sendi

  • Kejang otot

  • Bengkak kelenjar limfa

    Kalau korang ada simptom di atas terutamanya jika korang baru pulang dari melawat negara-negara yang tinggi kes monkeypox, pastikan korang terus mendapat rawatan dimana-mana pusat kesihatan tau. 

    Sementara itu desas desus yang mengatakan terdapat seorang kanak-kanak Malaysia telah dijangkiti penyakit ini juga adalah tidak benar. 

    Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia telah buat penyiasatan dan didapati kanak-kanak terbabit bukanlah menghidap virus ‘monkeypox’, sebaliknya ia adalah virus Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD).

    Haih korang ni, jangan pandai-pandai buat dan sebar cerita yang belum sahih tau. Yang penting, sentiasa amalkan kebersihan dan terus memakai mask muka dan sanitize selalu. 

    Sumber: Media Sosial Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


    Guys, jom join KARNIVAL KERJAYA MAUKERJA 2022 Bermula 23/5 - 28/5 ini. Pelbagai jawatan kosong disediakan tahu tak. Terhad kepada 5,000 jobseeker sahaja! Jom join sini - https://bit.ly/JoinKarnivalKerjayaMaukerja