Asyik Lompat Kerja Sebab Nak Gaji Tinggi, Berbaloi Ke? Nampak Tak Setia?
# Jenis Pekerjaan # Gaya Hidup # Pengetahuan Pekerja

Asyik Lompat Kerja Sebab Nak Gaji Tinggi, Berbaloi Ke? Nampak Tak Setia?

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

May 31, 2022
pada 7:56 AM

Ada orang berpendapat kerap tukar kerja ni sesuatu yang tak baik dan boleh menjejaskan pola kerja seseorang. Ada juga yang berpendapat kalau "stuck" dalam satu kerja dalam tempoh yang lama tu tak produktif. Jadi yang mana satu korang kena ikut ni? Masing-masing ada advantage dan disadvantage tersendiri. 

Benda ni bukan sesuatu yang luar biasa bagi golongan muda untuk menukar pekerjaan dengan kerap. Salah satu sebab mengapa mereka kerap tukar kerja ni adalah sebab dapat offer gaji yang lebih besar ataupun nak kejar career idaman. 

Sesetengah majikan lihat golongan sebegini sebagai mereka yang bercita-cita tinggi dan akan capai apa-apa sahaja yang diorang mahukan. Tetapi tidak bagi majikan yang lain. Cuba tengok apa yang para recruiter dan otai-otai cakap tentang hal ini.

Kalau nak cari kerja, guna je Maukerja. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK INI

Kaz Osman, direktor Find My Dream Job dan seorang yang pakar dalam sektor pekerjaan di British ini berpendapat bahawa trend sudah berubah. Golongan muda kebiasaannya akan tetap dalam satu pekerjaan tak lama daripada 3 tahun. Bagi Sue Honore, seorang pakar dalam bidang kajian memberitahu bahawa kalau anda boleh tunjukkan kelebihan dan perkembangan daripada bertukar-tukar kerja pada majikan, jadi ia adalah sesuatu yang baik. Tapi dalam masa yang sama, majikan selalunya tidak mahu membuang masa melabur pada pekerjaanya yang tidak akan kekal lama.

Berapa kerap korang boleh tukar kerja?

Sebagai contoh, kalau korang ada 4 kerja dalam tempoh 4 tahun ia akan menunjukkan korang ni cepat bosan buat sesuatu benda yang berulang dan mungkin akan membuatkan bakal majikan berhati-hati untuk interview atau ambil korang bekerja.

Ada kajian yang menunjukkan majikan boleh terima kalau korang ni berubah kerja dalam tempoh 2 tahun jurang. Iyelah tempoh 2 tahun tu dikira standard la. Kalau tukar kerja sebab nak dapatkan gaji yang lebih tinggi sebenarnya bukan lah idea yang okay. Korang sepatutnya tukar kerja atas sebab mahukan kepuasan dan buat sesuatu yang korang memang minat. Tukar kerja kepada kerja yang boleh buatkan korang gembira.

Okay ke ubah-ubah kerja?

Untuk industri tech, mereka lebih selesa dengan pekerja yang sering bertukar kerja sebab industri ni bergerak dengan pantas. Tapi bagi industri yang memerlukan kerja yang berterusan, dan masa yang panjang seperti engineering, mereka lebih menghargai pekerja yang menetap lama. 

Kalau korang nak tahu, lagi junior sesuatu jawatan tu, lagi singkat masa yang diperlukan untuk buktikan pada majikan yang korang mampu lakukan. Kebiasaannya, profession junior ni boleh dicapai dalam masa berbulan sahaja dan untuk profession professional pula, ia perlukan bertahun untuk tunjukkan yang korang mampu buat.

Apa bestnya kalau kekal dalam satu kerja dalam tempoh yang lama?

Best lah sebab kalau korang stay dalam sesuatu kerja lama-lama, korang boleh merasai dan kenal sesuatu budaya dengan lebih mendalam, rutin dan peranan korang dalam sesebuah company tu. Susah untuk nak sesuaikan diri di tempat baru.

Dan korang perlu ingat, makin lama korang stay dalam sesuatu kerja, korang akan dapat banyak kelebihan macam annual leave, kenaikkan gaji dan pangkat dan bermacam lagi. Semua ini korang tak akan dapat kalau berubah ke tempat kerja lain sebab disana korang masih dianggap sebagai pekerja baru atau junior. Lagi satu, bila korang kekal dekat tempat kerja  dalam tempoh yanng lama, ia menunjukkan yang korang ni setia dan boleh dipercayai. 

Kalau nak cari kerja, guna je Maukerja. Ada lebih 100 Ribu Jawatan Kosong Terkini Di Maukerja Untuk Anda, Mohon Sekarang! < KLIK LINK INI