Kenapa Negara Luar Respek Habis Dekat Malaysia? Ini 9 Sebab Dia!
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Kenapa Negara Luar Respek Habis Dekat Malaysia? Ini 9 Sebab Dia!

post by MJ

by MJ

Jun 10, 2022
pada 10:41 PM

Malaysia Tak Sentiasa Dipandang Rendah Di Mata Dunia, Ni Bukti Malaysia Power Dekat Dunia!

Banyak orang kita selalu pandang rendah kat negara sendiri. Tapi dorang tak sedar ke Malaysia ni dipandang tinggi sebenarnya di luar negara. Kebanyakan pelancong yang datang Malaysia menyatakan kita ada negara yang hebat dan jika diberi pilihan untuk duduk disini, mereka akan pilih duduk di Malaysia!

Ni antara benda yang membuatkan Malaysia dipandang tinggi di Dunia Luar!

Halal Hub

Korang tahu tak Malaysia berada dekat no 1 di dunia dalam industri makanan halal dengan index score 29.8. Ini membuatkan kita mendahului UAE, Indonesia dan banyak negara lagi!

 

Peng - Export terbesar GLOVE

Siapa tak kenal Top Glove? Korang tahu tak Top Glove merupakan Pembuat Glove Getah TERBESAR DI DUNIA!

 

Minyak Sawit

Malaysia berada di tangga kedua merupakan pembuat minyak kelapa sawit terbesar di dunia. Hebat tak hebat la!

 

Hutan Simpan

Ketuaan hutan simpan kita di Malaysia berusia lebih 140 Million tahun! Ianya lebih tua dari AMAZON’s!!!! Hutan tertua adalah di Daintree Rainforest dekat Australia dengan ketuaan 180 Million tahun. Tua jugak kan hutan kita ni!

 

Service Drone 

Dalam dunia ni, dekat Malaysia, Aerodyne Group dekat Cyberjaya merupakan Syarikat Tech no 1 dalam rank industri drone. Okay ni min baru tahu!

 

Bangunan tertinggi

Tak nafi lagi lah kita sekarang no 2 dalam bangunan tertinggi! Merdeka PNB 118, adalah menara kedua tertinggi selepas Burj khalifa!

 

Bangunan Tertinggi Berkembar

Dahulu mungkin ianya bangunan tertinggi, tapi kini menara berkembar ini masih lagi tertinggi dengan kategori sendiri iaitu bangunan berkembar tertinggi!

 

Hotel Terbesar

Korang tahu tak hotel terbesar dekat dunia ni dekat GENTING! Dengan bilik sebanyak 7,350 ianya merupakan hotel terbesar ketika ini!

 

Pembuat Quran 

Korang tahu tak Nasyrul Quran dekat Putrajaya merupakan pembuat quran KEDUA TERBESAR didunia! Yang terbesar of course dekat madinah. Tapi ni Malaysia kot, BANGGA!

​​

Sebenarnya banyak lagi world record atau benda yang famous kat negara ni. Kalau banyak komen nak lagi min buat wajah wajah yang membanggakan Malaysia di mata dunia!