Mohon Kredit Kad Tapi Kena Reject? Ini 6 Sebab Yang Mungkin Ada Tapi Korang Tak Perasan!


by Maukerja Team
Mohon Kredit Kad Tapi Kena Reject? Ini 6 Sebab Yang Mungkin Ada Tapi Korang Tak Perasan!
Kalau korang pergi kemana-mana shopping mall, mesti ada je segerombolan pekerja dari bank akan menawarkan perkhidmatan kredit kad kan? Tak cukup dengan pujulan ayat mani, dorang tambah lagi dengan bermacam freegift. Bagi bag percuma lah, tv free lah, iphone pon ada demi nak menarik perhatian korang. Pada awalnya memang nampak mudah nak dapatkan kredit kad, tapi tahukah korang ada kes yang susah nak mohon kredit kad disebabkan perkara dibawah.
Butiran dokumen tidak lengkap
Ini common dalam mana mana permohonan. Bila tak lengkap susah nak process terutamanya perkara yang melibatkan kewangan. Maklumat seperti IC dan dokumen caruman KWSP dan slip gaji amat penting untuk mohon kad kredit. Pastikan korang dah prepare siap siap.
Pendapatan tak stabil
Ni selalu jadi kepada fresh graduate atau individu yang baru bekerja lepastu terus nak apply kad kredit. Kunci nak dapatkan kelulusan kad kredit ni sebenarnya korang kena ada penyata gaji yang stabil sekurangnya 6 bulan.
Dah ada terlalu banyak kad kredit
Menurut Bank Negara Malaysia, seorang individu yang berpendapatan tidak kurang dari RM36,000 setahun hanya layak memiliki maksima 2 kad kredit sahaja tau. Kalau korang dah melebihi limit, memang kena cancel salah satu kad yang ada.
Debt Service Ratio (DSR)
Bank selalunya akan tengok markah DSR pemohon dengan melihat berapa tanggungan ratio loan yang individu tu ada berdasarkan pendapatan bulanan. Biasanya DSR tak lebih dari 70% (bagi gaji atas RM3,000) dan 60% (bagi gaji bawah RM3,000) barulah kad kredit akan diluluskan.
Terlalu banyak kad kredit dipohon dalam satu masa.
Kalut sangat nak miliki kad kredit sampai korang mohon 5 6 kad kredit, haa memang mintak kena rejectlah jawabnya. Tenang dulu. Mohon satu satu lagi selamat.
Ada tunggakan bil kad kredit yang lain
Kalau korang dah pernah miliki kad kredit tapi ada tunggakan melebihi 6 bulan, bank auto reject permohonan korang.