5 Sikap Yang Membuatkan Fresh Graduate Kecundang Sewaktu Interview
# Pengetahuan Pekerja # Pengetahuan Interview

5 Sikap Yang Membuatkan Fresh Graduate Kecundang Sewaktu Interview

post by Maukerja Team

by Maukerja Team

Jan 22, 2025
pada 4:14 PM

Nervousnya rasa nak lalui temuduga kerja ni! Macam mana lah nak kawal perasaan gementar ni agar penemuduga tak ternampak akan sisi-sisi tak professional kita ni? Okay, sebelum korang nak masuk bilik temuduga tu disarankan luang masa 2-3 minit untuk benar-benar bersedia menghadapi penemuduga. 

Jujurnya, memang sukar untuk nak kawal perasaan gemuruh tu dan ini adalah 5 kesilapan paling biasa fresh graduate lakukan sewaktu temuduga. Ketahui lah bahawa 5 kesilapan ni membuatkan korang kecundang sewaktu temuduga dan tiada lagi peluang kedua. Hati-hati!

1. Lupa nak silent telefon bimbit

Ini kesilapan paling biasa sekali dilakukan oleh fresh grad yang lalui temuduga. Sayangnya apabila tengah jawab soalan yang diajukan, tiba-tiba je telefon berdering. Bunyi yang kuat pula tu, dan bayangkan kalau yang guna ringtone merepek apa lagi lah memalukan. 

Bukan susah pun, korang hanya perlu tekan je mode silent sebelum masuk bilik temuduga. Tahu tak, ianya bukan hanya memalukan tetapi juga mengganggu konsentrasi temuduga tersebut. Pasti terdetik dalam hati penemuduga yang korang ni tak ada adab. 

2. "Ini bukan selekeh, tetapi trend!"

Mungkin ada kebanyakan company tambah-tambah lagi startup company yang tidak menetapkan sebarang code pemakaian. Tetapi tak kan lah nak hadiri temuduga pun nak pakai seluar jeans koyak dengan t-shirt "kingslayer"? 

Bukan selalu nak kenakan pakaian formal sikit kan? Temuduga kerja bukannya selalu jadi apa kata guna sedikit effort untuk tambat hati penemuduga dan pamerkan yang korang ni seorang yang menitikberatkan soal penampilan diri.

3. Mengutuk company lama dekat penemuduga

Faham, yang temuduga korang tu pun orang yang sangat sempoi dan berjiwa muda, terasa seperti bersembang dengan kawan-kawan je. Tetapi masih ada had, dan had di sini bermaksud yang korang masih lagi perlu respect mereka. 

Jangan sesekali bercakap buruk mengenai company lama walau teruk macam mana pun. Sebabnya penemuduga akan mula berfikir, kalau lah korang cakap buruk pasal bos lama mesti nanti akan cakap hal yang sama mengenai mereka pula.

4. "Maaf saya terlambat 30 minit"

Soal masa ni memang tak boleh dibuat main. Datang lambat untuk temuduga kerja adalah satu kesalahan yang tidak dapat diterima langsung. Kalau temuduga sudah tetap pukul 2:30 maka pastikan korang datang tepat, bukannya 2:45 atau pukul 3 petang. 

Sebaiknya, mulakan perjalanan awal sebab korang tak pasti apa yang bakal terrjadi. Mungkin kesesakan lalu lintas yang teruk, kereta tak boleh nak start, tersalah simpang ke, semuanya boleh terjadi. Jadi rancang perjalanan dengan sebaiknya. 

5. Attitude zero

Attitude diri ni kadang-kadang sedikit sukar untuk nak dikawal kerana ianya berkait rapat dengan emosi. Kalau stress sikit mesti terkeluar juga sikap pemarah dia tu. Kebiasaannya sikap-sikap yang buruk ni memang sukar nak kawal tambah-tambah lagi kalau temuduga kerja tu lama. 

Penemuduga memang mahu test sejauh mana kepura-puraan sikap korang tu. Jadi kalau attitude pun zero memang tak layak lah nak jadi pekerja di syarikat tersebut.