Pernah Terfikir Tak Apa Punca Jalan Raya JEM? 
# Gaya Hidup # Trending Semasa

Pernah Terfikir Tak Apa Punca Jalan Raya JEM? 

post by MJ

by MJ

Jun 15, 2022
pada 7:25 AM

Pernah Terfikir Tak Apa Punca Jalan Raya JEM? 

Pernah tak korang dalam situasi tengah hadap jem dalam sejam dua jam tiba tiba tak tahu apa punca kesesakan jalan raya. Kemalangan tiada, ribut tiada, banjir pun tiada. Apa punca kepada kesesakan jalan raya atau JEM ni sebenarnya?

Okay, inilah yang dinamakan fenomena Phantom Traffic Jam. Bukan punca daripada hantu ye kawan-kawan. 

 

Jangan risau! Phantom Traffic Jam ini terjadi apabila terlalu banyak kenderaan pada satu jalanraya itu dan apabila satu kereta sahaja yang perlahan maka menyebabkan kereta di belakang kenderaan itu menjadi lebih perlahan dan tindakan perlahan merebak ke belakang. Korang bayangkan macam ombak jer, makin kuat ombak makin kuat la dia merebak. Kesan ni juga dinamakan kesan domino. 

Banyak faktor kereta memperlahankan kenderaan  seperti memotong dan masuk lorong lain Kalau kereta banyak ni sebenarnya tak elok kita memotong kerana ianya akan menyumbangkan terjadinya Phantom Traffic Jam. 

Macam Mana Nak Elak Traffic Jem Ni?

Pertama sekali tabiat pemandu kita yang suka menukar lorong atau pancung kiri kanan tu. Jika semua melaraskan kelajuan yang sama nescaya tak akan terjadinya Phantom Traffic Jam ini. Salah satu cara yang dilhat paling effektif adalah dengan majoriti pemandu di jalan raya semua menukar kepada kenderaan yang pandu sendiri seperti Tesla. Namun harganya pun sudah membuat kita fikri dua tau tiga kali kan. 

Korang semua ni kaki tukar lorong tak kalau trafik jam? Cuba kongsikan pendapat korang.