Pernah Tak Terfikir Kenapa Bila Naik Flight Kene Tutup Fon Atau On Airplane Mode?


by Maukerja Team
Pernah Tak Terfikir Kenapa Bila Naik Flight Kene Tutup Fon Atau On Airplane Mode?
Setiap kali sebelum kapal terbang berlepas, pramugara handsome, pramugari hot bagi taklimat keselamatan. Akhir sekali korang kena tukar mode telefon ke 'airplane mode' atapun matikan terus. Baru je acah-acah nak rakam video bagai dah kena tutup. Ada sebabnya kenapa korang diarahkan begitu, bukan saja-saja je.

Segala jenis telefon bimbit yang aktif sebenarnya beri gangguan terhadap peralatan navigasi kapal terbang.

Di kala korang berada pada ketinggian 40,00 0 ft, macam-macam boleh jadi dan akan mengganggu perkhidmatan rangkaian pesawat. Walaupun perkara sebegini tak pernah berlaku, tak mustahil kalau ianya boleh kan?

Arahan ni adalah daripada Federal Communications Comission (Persekutuan Suruhanjaya Komunikasi), bukan pakai suruh je ya. Ianya untuk memastikan signal radio ke sel rangkaian telefon darat tidak diganggu.
Kalau korang perasan, kini Syarikat Penerbangan Antarabangsa ada cell phone receivers yang dipasang pada pesawat supaya korang boleh buat panggilan, kiriman SMS dan surfing internet di dalam pesawat jadi takda lah bosan sangat kan?